“Allahu!” – Tak Sampai Seminggu Kahwin, Wanita Ini Terpaksa Meratapi Pemergian Suami
Suaminya dipercayai lemas mandi di Tasik Kenyir.
Cover image via Junaidi Eddy (Facebook)Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru saja seminggu berkahwin, lelaki ini dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Petuang dua hari lepas
Image via Junaidi Eddy (Facebook)
Image via Junaidi Eddy (Facebook)
Image via Junaidi Eddy (Facebook)
Kakak ipar mangsa, Asma Ramlee juga meluahkan perasaan sedih meminta doa daripada orang ramai supaya jasad adiknya dapat dijumpai dengan segera.
Mangsa dan isterinya, Syarifah bercuti ke Tasik Kenyir untuk meraikan perkahwinan mereka bersama keluarga mentuanya yang menetap di Dungun.
Seorang lelaki dipercayai abang ipar kepada mangsa, Junaidie Eddy telah memuat naik gambar dan doa supaya mangsa dapat ditemukan dengan segera.
Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui oleh pasukan penyelamat
Image via Ohmymedia
Menurut Kosmo, mangsa yang bernama Ami Azzizol dilaporkan lemas dipercayai akibat kekejangan otot ketika mandi berhampiran sebuah rumah rakit di Sungai Petuang.
Operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemui mangsa setakat ini.
Semoga mangsa segera ditemui & seluruh keluarganya diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian ini. Amin.
Image via SAYS Seismik

