[GAMBAR] Tak Sampai 2 Minggu Dibuka, IKEA Tebrau Dah Jadi Macam Stor. Alahai Malaysia!
Bilalah minda orang kita ni nak maju?
Cover image via SAYSSeperti yang semua tahu, outlet ketiga IKEA Malaysia telah dibuka di Tebrau, Johor pada 16 November lalu
Sebelum ini kita dikejutkan dengan gambar orang ramai yang beratur panjang memasuki gedung perabot tersebut pada hari pertama pembukaannya.
Orang ramai kelihatan sanggup berpanas-panasan sambil memegang payung semata-mata mahu menjadi yang terawal memasuki gedung tersebut.
Image via Nazimah Abd Rahman
Image via Nazimah Abd Rahman
Namun, tidak sampai pun 2 minggu gedung itu dibuka, ia mula menjadi 'mangsa' individu-individu minda kelas ketiga yang menjahanamkan pemandangan dan kebersihan kawasan di sana
Bila tengok gambar-gambar ni, nampak macam stor pun ada. Aduhai rakyat Malaysia, bilalah engkorang ni nak berubah.
Lain kali kalau dah cuba katil tu apa salahnya kemas semula?
Image via Dino Daniel LJ
Image via Dino Daniel LJ
Image via Dino Daniel LJ
Bukan setakat katil tidak berkemas, malah sebilangan perabot lain juga kelihatan bersepah seperti baru lepas digunakan. =.='
Image via Dino Daniel LJ
Bukan setakat bersepah, malah sampah-sarap juga dibuang merata-rata saja ikut suka. Inilah susahnya kalau kita ada fasiliti kelas pertama tetapi minda orang kita masih di kelas ketiga.
Image via Facebook
Image via Facebook
Dan bukan itu saja, kenderaan pun diletak sesuka hati. Apa salahnya kita letakkan di tempat yang betul?
Image via Facebook
Gambar parking di atas ini adalah untuk kenderaan berelektrik saja. Tapi lihatlah kenderaan apa yang diletakkan di sini. Hmmmm…


