Tak Salahkan Haziq Jaring Gol Sendiri, Tragedi 2001 Berulang Kembali
"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain." – Ong Kim Swee
Cover image via BH OnlinePerlawanan akhir bola sepak Sukan Sea telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Thailand dengan mata 1-0 menentang pasukan Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi
Penyokong tegar bola sepak tanah air berasa sangat kecewa apabila penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan dan pingat emas.
Namun, menurut jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee, beliau enggan menyalahkan Haziq kerana kesilapan penjaga gol berusia 20 tahun itu yang tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit ke-39, boleh terjadi kepada mana-mana pemain.
"Saya tahu bukan mudah untuk dia (Muhammad Haziq) menerimanya. Saya tidak menyalahkan dia dan berharap dia dapat melupakan perkara itu," sambungnya lagi.
Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee (tengah) menenangkan penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli yang kecewa selepas tewas 1-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi. – Foto Hairul Anuar Rahim.
Image via BH Online
Ini menjadikan episod sama yang berlaku pada tahun 2001 berulang kembali di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Thailand di padang yang sama
Bekas pengendali kebangsaan itu berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pemain sepanjang kejohanan ini, namun tetap melahirkan rasa kecewa kerana gagal memenangi emas yang ditunggu-tunggu untuk melengkapkan status juara keseluruhan temasya Kuala Lumpur 2017.
"Kita beri saingan hebat kepada Thailand, tapi kita beri gol kepada mereka tidak kena pada masanya. Kita cuba bangkit tapi tetap gagal mencari gol.
"Saya tak gembira kerana tak memenangi pingat emas tapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi pemain dengan masa terhad yang kita lalui sebelum ini," kata Kim Swee.
Image via Free Malaysia Today
Kekalahan pasukan Harimau Malaya malam tadi diraikan dengan hujan seakan menandakan malam suram buat penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Shah Alam tanpa sorakan Ultras Malaya, susulan memboikot isu penjualan tiket sebelum perlawanan
Sementara itu Malaysia meraih 29 pingat emas lagi hari ini untuk menjadikan jumlah kutipan keseluruhan 140 dengan acara silat menjadi penyumbang terbesar setelah memenangi tujuh pingat.
Kami mengucapkan tahniah buat semua atlet-atlet Malaysia yang bertanding. Anda semua amat membanggakan rakyat Malaysia! [#BangkitBersama!](http://says.com/my/stories/tagged/bangkitbersama)


