Tak Puas Hati Parcel Selalu Hilang, Penghuni Kondo Letak Kertas Santau Pada Peti Surat
Kalau kena curi lagi tak tahulah.
Cover image via @trinitytan84 (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Akibat barang pesanan selalu hilang, penghuni kondominium membuat keputusan meletakkan kertas santau pada peti suratnya
Menerusi perkongsian @trinitytan84 di Thread, dia berkongsi sebuah tangkap layar daripada group Telegram Kondominiumnya memaparkan sebuah peti surat yang dilihat ditampal dengan kertas dipercayai kertas santau.
"Bangun pagi nampak mesej ini kat group condo in Telegram, dahsyat weh sampai pakai santau siam.
"Tak kesiankah pencuri tu sebab every day curi food and parcel orang and the dumb management pun berpeluk tubuh je," tulisnya.
Image via Threads
Kertas santau yang mempunyai tulisan Siam membawa maksud yang mengerikan
Menerusi tinjauan di bahagian komen, seorang pengguna Threads, @nabilahshamsul_ berkongsi sebuah tangkap layar hasil pertanyaannya kepada ChatGPT apakah maksud tulisan Siam tersebut.
Apa yang mengejutkan adalah tulisan tersebut dilihat membawa maksud yang menakutkan membawa maksud "Mulai sekarang, kita akan mati bersama" menunjukkan penghuni kondominium itu benar-benar marah.
Image via Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


