Tak Perlu Modal Besar Pun Dah Boleh Simpan Emas, Serendah RM10 Sahaja

Bursa Gold Dinar membolehkan rakyat Malaysia mula simpan emas serendah RM10 secara digital, mudah dan selamat.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Simpan emas sekarang bukan lagi sesuatu yang susah atau perlukan modal besar

Dengan platform Bursa Gold Dinar (BGD) oleh Bursa Malaysia, anda boleh mula melabur emas serendah RM10 sahaja terus dari telefon.

Melalui aplikasi BGD, pengguna boleh membeli dan menjual emas 999.9/24k, menyimpan secara digital, memindahkan kepada orang lain, dan menebusnya kepada emas fizikal dalam bentuk dinar.

Setiap 4.25 gram emas digital juga boleh ditukar kepada satu dinar emas fizikal.

Semua ini boleh dilakukan dalam satu aplikasi yang mudah dan boleh diakses bila-bila masa.

Kenapa emas masih jadi pilihan?

Emas kekal menjadi antara aset paling stabil kerana ia mempunyai permintaan global yang tinggi, bekalan terhad, serta berfungsi sebagai pelindung nilai ketika inflasi.

Dalam tempoh 10 tahun, harga emas telah meningkat lebih 300%, termasuk kira-kira 29% dalam tempoh 6 bulan terakhir.

Ini menjadikan emas bukan sekadar simpanan, tetapi juga aset pelaburan jangka panjang yang masih relevan sehingga hari ini.

Lebih selamat & patuh syariah

Apa yang menjadikan Bursa Gold Dinar berbeza ialah ia menawarkan pemilikan emas fizikal sebenar yang dikawal selia oleh Bursa Malaysia.

Platform ini juga patuh Syariah dan menyimpan emas dalam vault yang selamat.

Ini memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa setiap pembelian emas disokong oleh emas sebenar, bukan sekadar angka digital.

Semua fungsi dalam satu aplikasi

Selain beli dan simpan emas, aplikasi ini juga membolehkan pengguna menetapkan price alert, trade emas melalui fungsi exchange, transfer emas kepada keluarga atau rakan, keluarkan pelaburan pada bila-bila masa, serta menguruskan zakat emas.

Ia direka untuk memudahkan pengguna menguruskan pelaburan emas secara fleksibel dalam satu platform.

Jumpa Bursa Gold Dinar di Jom Heboh Penang

Bagi yang ingin tahu lebih lanjut, Bursa Gold Dinar akan berada di Karnival Jom Heboh Penang.

Pengunjung boleh datang ke booth untuk mendapatkan info terus, cuba aplikasi dan sertai aktiviti menarik yang disediakan.

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang mendapatkan ganjaran emas percuma sepanjang program berlangsung.

Mula dengan RM10 & dapat emas percuma

Image via Bursa Gold Dinar

Untuk pengguna baharu, anda hanya perlu muat turun aplikasi Bursa Gold Dinar, daftar akaun, masukkan kod promo JOMEMAS, dan buat pembelian minimum RM100.

Selepas itu, anda akan menerima 0.02 gram emas percuma sebagai permulaan pelaburan.

Promo ini juga sah sehingga 30 Jun 2026.

Dengan hanya RM10, kini lebih ramai rakyat Malaysia boleh mula simpan emas secara digital dengan cara yang lebih mudah, fleksibel dan selamat melalui aplikasi Bursa Gold Dinar.

Untuk maklumat lanjut, layari https://bgd.bursamalaysia.com atau muat turun aplikasi di App Store dan Google Play Store.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik