Tak Nak Terlepas & Tunggu Komuter Lama-Lama? Gunakan ‘Feature’ Mudah Dari Google Maps Ini
Senang je!
Cover image via SAYS via KTMBMenunggu lama ketibaan atau terlepas komuter adalah antara perkara yang paling menyebalkan sekiranya berlaku dalam kehidupan seharian kita
Kadang-kadang yang *mood* ceria pun boleh bertukar stres.
Tetapi tahukah anda, dengan bantuan *features* yang terdapat di [Google Maps](https://www.google.com/maps) mampu mengubah kehidupan anda selepas ini?
Jadi, ini dia tips yang boleh anda gunakan supaya tidak perlu menunggu lama dan terlepas train lagi:
1. Search stesen komuter yang anda mahu tuju di Google Maps
Contoh di bawah adalah KL Sentral. Kemudian, klik *'DIRECTIONS'.*
Image via SAYS
2. Masukkan destinasi stesen komuter yang anda mahu bertolak
Contoh di bawah adalah UKM.
Image via SAYS
Image via SAYS
3. Paparan sebegini akan keluar. Klik pada pada bahagian 'KMUTER' tersebut.
Image via SAYS
4. Klik pada nama stesen yang anda bertolak
Image via SAYS
5. Paparan sebegini akan keluar
Image via SAYS
Tekan pada jadual perjalanan tersebut dan anda dapat melihat jadual penuh waktu perjalanan komuter dari satu stesen ke satu stesen.
Image via SAYS
Mudah bukan? Dengan adanya feature daripada Google Maps ini pastinya dapat memudahkan waktu pergerakan anda ketika menaiki komuter.
Sebenarnya kami mendapat tahu mengenai perkara ini setelah seorang pengguna Twitter [Kim Jong Lo](https://twitter.com/mier_lan/status/886426310217682944) berkongsi maklumat ini di laman sosial tersebut.
Sehingga kini *tweet* miliknya itu telah mendapat sebanyak lebih 8 ribu *retweet* dan lebih 7 ribu *likes*.
Terima kasih kami ucapkan kepada beliau dan semoga anda tidak terlepas dan menunggu *train* lama-lama lagi!


