Tak Mungkin Kematian Zara Qairina Berpunca Daripada Terjatuh Mahupun Ditolak – Pakar Forensik

Difahamkan, pakar tersebut telah mengendalikan dan menyelia antara 100 hingga 150 bedah siasat setahun.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pakar Patologi mededahkan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mungkin berpunca daripada terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak dari kedudukan berdiri dari koridor di tingkat tiga

Menerusi laporan Harian Metro, perkara itu didedahkan Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu ketika membacakan keterangan bertulisnya pada inkues kematian arwah Zara Qairina di Mahkamah Koroner.

Menurutnya, perkara itu adalah berdasarkan pemeriksaan lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan ketinggian pagar konkrit koridor yang tidak memungkinkan arwah terjatuh sendiri atau ditolak.

"Berdasarkan pemeriksaan lokasi di asrama si mati, ketinggian dari lantai ke palang besi mendatar paling atas yang dipasang pada pagar konkrit tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

"Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm. Perbezaan antara ketinggian si mati dan palang besi atas ialah 36 cm yang mana ketinggian palang melebihi tiga perempat daripada tinggi si mati dan berada di atas pusat graviti badannya (pada wanita, pusat graviti biasanya di bahagian pelvis, sedikit di bawah pusat).

"Berdasarkan ukuran ini, pada pendapat saya, adalah tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari kedudukan berdiri di tepi pagar konkrit," katanya.

SAYS.com

Dr. Hiu (kanan) menjadi saksi pertama prosiding inkues kematian Zara Qairina.

Image via Mohd Adam Arinin

Mendapat permintaan untuk beri pandangan profesional mengenai kecederaan antemortem si mati

Dr Jessie berkata, berdasarkan ketinggian dan lebar pagar konkrit, ketinggian palang besi mendatar dan tinggi antemortem si mati, adalah mungkin si mati memanjat pagar konkrit, melintasi palang besi dan berdiri di atas pagar konkrit tersebut.

"Saya telah menyediakan laporan pemeriksaan lokasi bersama laporan pemeriksaan bedah siasat," katanya.

Pandangannya itu difahamkan dibuat selepas diminta memberi pandangan profesional mengenai kecederaan antemortem si mati pada 2 Ogos lalu.

"Saya meneliti rekod perubatannya termasuk laporan sinar-X, CT (tomografi berkomputer) dan CTA scan (tomografi angiogram berkomputer), serta menjalankan pemeriksaan lokasi.

"Pemeriksaan lokasi dijalankan pada 2 Ogos 2025 bermula jam 12.30 tengah hari di Blok Rabiatul Adawiyah, Asrama Qurratu A'yun SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) Tun Datu Mustapha Limauan (TDML), Kinarut," katanya.

Dr Hiu berkhidmat sebagai pakar patologi forensik di HQE di Kota Kinabalu sejak 1998 dan pernah memberi keterangan sebagai saksi pakar secara purata 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di Sabah serta Labuan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: