Adakah Anda Ucap ‘Assalamualaikum’ Kepada Orang Yang Tak Dikenali?
Kalau kenal bagi salam, kalau tak kenal buat tak tahu.
Cover image via Facebook Imam MudaMemang lumrah, kita selalunya akan beri salam kepada orang yang kita kenal saja tetapi tidak kepada saudara saudari se-Islam kita yang lain. Betul tak?
Image via Facebook Imam Muda
Bukan sahaja dalam pemberian lafaz 'Assalamualaikum' bahkan kebanyakan kita turut "pilih kasih" apabila bersalam-salaman. Contohnya di masjid, **kita lebih selesa bersalaman dengan rakan-rakan kita saja tanpa mempedulikan orang lain**.
Ada juga yang tidak kisah bersalaman dengan orang yang tidak dikenali, tetapi segelintir hanya akan berjabat tangan tanpa memberi sebarang senyuman atau tanpa memandang wajah orang yang disalam itu. **Tangan bersalaman tetapi mata memandang ke arah lain**.
Oleh yang demikian, team Pencetus Ummah membuat satu social experiment dengan menghantar beberapa anak muda ke jalanan di sekitar Kuala Lumpur untuk menyebarkan salam kepada orang ramai
Image via Facebook Imam Muda
Image via Facebook Imam Muda
Eksperimen ini dijalankan untuk tujuan melihat reaksi yang diberikan orang awam kepada anak-anak muda ini apabila mereka menyampaikan lafaz **'Assalamualaikum'**. Untuk itu, kamera tersembunyi dipasangkan di bahagian dada mereka bagi merakamkan situasi sebenar.
Setelah kamera dipasang, anak-anak muda ini mula memberi salam kepada strangers di jalanan sambil merakam reaksi mereka.
Berdasarkan pemerhatian, kebanyakannya memberi respon yang baik.
Image via Facebook Imam Muda
Image via Facebook Imam Muda
Dalam eksperimen ini, lafaz salam turut diberikan kepada warga bukan Islam…
Image via Facebook Imam Muda
…termasuk warga asing atau pelancong yang datang ke Malaysia.
Image via Facebook Imam Muda
Kemudian, mereka semua ditanya dengan dua soalan iaitu:
"Kenapa awak jawab salam saya sedangkan awak tak kenal pun siapa saya?"…
Image via Facebook Imam Muda
…dan juga:
"Bila kali terakhir awak beri salam kepada orang yang awak tak kenal?"
Image via Facebook Imam Muda

