Tak Jumpa Phone Kat Mana? Google Boleh Tolong ‘Locate’ Dan Bunyikan Phone Secara Automatik

Sesuai sangat pada mereka yang selalu cuai tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Phandroid
Logo

Selalu cuai tak ingat letak phone kat mana? Tercicir ke? Ada orang ambil ke?

Kalau anda semua selalu menghadapi situasi seperti di atas, sekarang anda dah tak perlu risau atau menggelabah tak tentu pasal.

Haa nak tahu sebab apa?

Mungkin ada yang dah tahu tentang perkara ini, tapi kami nak kongsikan info berguna buat mereka yang tak tahu lagi. Bolehlah anda *share* benda baik ini kepada kawan-kawan dan keluarga. 🙂

Sekarang anda semua boleh Google je kalau tak jumpa phone kat mana-mana.

Ini steps yang anda boleh buat:

1. Pergi ke Google dan taip 'Find your phone'

Image via SAYS

2. Automatik Google akan dapat detect model phone kita

Image via SAYS

3. Jangan lupa untuk log in email anda!

Image via SAYS

4. Taraa! Terus je Google bagi location tau.

Image via SAYS

5. Anda pun boleh pilih untuk bunyikan phone anda

Walaupun *phone* anda dalam *silent mode* anda boleh pilih untuk *ring* sebab *phone* akan tetap akan berbunyi pada *volume* yang paling maksimum selama 5 minit.

Haa kalau *phone* terselit celah sofa ke, tersalah letak mana-mana ke kat rumah tu InshaaAllah boleh dengar dan sempat jumpalah dalam tempoh 5 minit tu.

Image via SAYS

Itu kalau kes dalam rumah. Tapi kalau hilang time kat luar rumah macam mana? 🙁

Boleh rujuk location yang Google bagi tadi (gambar 4.)

Tapi kalau anda rasa *phone* anda seperti dicuri, sila bawa teman atau polis bersama-sama anda ya. Jangan bertindak sendirian. Takut anda diapa-apakan pula nanti!

Sebelum itu, di bawah ini adalah senarai beberapa cara untuk memastikan *phone* dan maklumat peribadi anda di dalamnya berada dalam keadaan yang selamat. Guna Google je!

1. Anda pilih 'Recover' dan akan keluar beberapa menu yang boleh anda pilih

Haa klik aje kat Recover tu ya.

Image via SAYS

Nanti akan keluar menu macam ni.

Image via SAYS

2. Sekiranya anda pilih untuk Lock your phone

Anda boleh:

1. setkan *password* baru untuk telefon anda
2. tulis nota pada skrin telefon anda supaya sesiapa yang menjumpainya dapat membaca nota tersebut (pilihan)
3. setkan nombor telefon yang boleh dihubungi (pilihan)

Image via SAYS

3. Boleh juga pilih 'Try calling your phone'

Haa *Google* pun tahu wujud je orang yang tak ingat nombor telefon sendiri. Hehe

Boleh tanya kawan-kawan atau keluarga, ataupun boleh cari kat *Contact* dalam *email* anda. Nak pakai *Google Hangout* pun tiada masalah. Boleh *video call* dengan sesiapa yang ambil *phone* anda. 😛

Image via SAYS

4. Nak 'Sign out on your phone' pun boleh

Anda akan *log out* dari akaun Google pada *phone* anda dan ini akan menyekat akses orang lain ke dalam akaun tersebut.

Tetapi anda masih boleh *ring*, *locate* dan 'padam' *phone* anda.

Image via SAYS

5. Boleh juga pilih 'Get in touch with your operator'

Mereka boleh bantu untuk sekat SIM kad anda, beri anda SIM kad yang baru ataupun sambungkan anda kepada nombor yang baru.

Tindakan ini dapat mengelakkan identiti anda daripada dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana mereka boleh menghantar mesej serta membuat panggilan menggunakan nombor telefon anda itu.

Image via SAYS

6. Dan pilihan terakhir yang anda boleh lakukan adalah dengan 'Consider erasing your device'

Cara ini dapat mengelakkan orang lain dari melihat kandungan *phone* anda. Kemungkinan yang akan terjadi adalah:

1. Google mungkin tak dapat memadam semua memori di dalam *phone* anda
2. 'Find you phone' dan 'Android Device Manager' tidak lagi dapat *locate*, *ring* atau *lock* *phone* anda
3. Semua maklumat yang tidak di *back up* di Google akan terpadam

Proses ini hanya akan terjadi sekiranya *phone* anda *online*.

Image via SAYS

Haa dah cuba belum? Jumpa tak phone anda tu?

Kami dah cuba! Dan Google memang betul-betul dapat detect. Selamat mencuba!

Image via SAYS

Kami dah pun cuba dan keputusannya memang betul. Google benar-benar dapat *locate* telefon kami di lokasi yang tepat!

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Apa-apa pun sentiasalah berjaga-jaga dan jangan cuai ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bukan itu je, ada banyak lagi apps yang berguna untuk anda:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: