“Tak Datang PLKN, Kami Sendiri Datang Jemput” – Ketua Pengarah JLKN
Difahamkan, hanya 444 pelatih sahaja yang hadir melaporkan diri ke PLKN siri 3.0 daripada jumlah sasaran seramai 550 pelatih dipanggil.
Cover image via Kosmo & BernamaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelatih yang dipanggil tetapi tidak hadir ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas alasan tidak munasabah tidak akan terlepas untuk sertai siri seterusnya
Menerusi laporan Kosmo, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Ya'cob Samiran berkata pelatih yang menanggung menyertai PLKN atas sebab-sebab tidak munasabah akan dipanggil menjalani latihan pada siri seterusnya.
"Selebihnya yang tidak hadir memang ada masalah kesihatan disahkan oleh pakar perubatan. Jadi mereka terpaksa tarik diri sebab kita pun tidak mahu ambil risiko itu.
"Tetapi siapa yang beri alasan penangguhan tidak munasabah, tetap kena pergi. Tangguh-tangguh takkan umur 35 baru nak datang. Kita sendiri akan pergi pada mereka, bersua muka dan jemput hadir ke kem siri akan datang," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya'cob Samiran.
Image via Bernama
Faktor kesihatan dan pekerjaan antara punca menyebabkan pelatih gagal melapor diri
Tambah Ya'cob, ada di antara pelatih terpaksa menarik diri daripada PLKN disebabkan telah mendapat surat tawaran untuk menyambung pengajian.
"Ada juga yang dapat tawaran ke tingkatan enam, secara sukarela tangguh dulu kemasukan. Maksudnya lepas tamat PLKN baru mereka daftar belajar semula.
"Bagi pelatih yang dapat tawaran kerja pun, kita benarkan mereka hadiri temuduga kemudian datang kembali semula jalani latihan. Maksudnya tiada alasan untuk tidak hadir, dah dapat surat tawaran, wajib datang," katanya.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, faktor kesihatan dan terikat dengan pekerjaan juga merupakan antara punca yang menyebabkan pelatih gagal melapor diri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


