Tak Cukup Dengan Nasi Lemak Pondan, ‘Nasi Lemak Gay’ Pula Muncul
Lepas ni apa pulak?
Cover image via FacebookBaru-baru ini, kita baru saja disajikan dengan berita tentang 'Nasi Lemak Pondan' yang viral
Bermula dengan mencuba nasib dan sekadar 'suka-suka', gerai nasi lemak pondan yang terletak di Jalan Sri Permaisuri, Cheras itu kini semakin mendapat sambutan.
Pengasasnya Jojie Kamaruddin, yang juga merupakan seorang pereka fesyen dan perunding majlis perkahwinan berkata pada awalnya dia sekadar mencuba untuk berniaga nasi lemak selepas butik miliknya ditutup, namun tidak menyangka ia akhirnya membuahkan hasil.
Jelas Jojie, meskipun dia seorang pondan atau digelar mak nyah oleh masyarakat, namun nasi lemaknya adalah 'asli dan halal untuk dimakan'.
Image via Free Malaysia Today
Hari ini, kita dikejutkan pula dengan satu lagi berita tentang pendatang baru dalam industri nasi lemak iaitu 'Nasi Lemak Gay'
Image via Facebook
Menariknya, warung 'Nasi Lemak Gay' ini turut dibuka di Cheras, berhadapan dengan Petronas Taman Segar.
Kain rentang yang digunakan memang terserlah menunjukkan warna 'pelangi', yang mana cukup sinonim bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Buat masa ini, hanya beberapa keping gambar sahaja yang sudah mula berlegar di Internet. Namun info lanjut mengenai gerai ini masih tidak diketahui.
Image via Facebook
Cuma, netizen sudah mula melontarkan macam-macam pendapat yang rata-ratanya berasa tersinggung dan tidak setuju dengan nama yang digunakan
Image via Oh My Media/Facebook
Nak dijadikan cerita, perkara ini seolah-olah seperti sudah diramal bakal terjadi oleh seorang netizen
"Mereka ada hak untuk mencari rezeki dan bekerja. Cuma kita tak setuju mereka cuba mempromosikan seksualiti mereka yang songsang."
Pengerusi Biro Dakwah [Isma](http://www.ismaweb.net/2017/03/isma-tegur-nasi-lemak-gay-pondan-promosi-kecenderungan-seksualiti-songsang-tanpa-rasa-malu/), Ustaz Haji Omar Kassim menegur tindakan itu serta tidak bersetuju dengan perbuatan mempromosikan kecenderungan seksualiti songsang ini secara terbuka dan tanpa rasa malu.

