Tahukah Anda? Sebenarnya Tak Perlu Pun Cuci Pad Yang Penuh Darah, Ini Penjelasan Doktor

Ada yang masih basuh pad ke?

Enlarge text
Cover ImageCover image via @draenbebel (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dari dulu lagi, ramai kaum wanita percaya bahawa kita perlu mencuci sanitary pad untuk memastikan ia bersih sebelum dibuang

Hal itu kerana ada mitos mengatakan sekiranya tuala wanita itu tidak dibasuh, ia akan mengundang jin yang suka menjilat darah kotor.

Sebenarnya, itu semua karut sahaja. Baru-baru ini, seorang doktor pakar kesihatan di laman X tampil memberi penjelasan mengapa kita tidak perlu mencuci tuala wanita yang penuh darah.

Image via @draenbebel (X)

Percikan darah kotor yang sudah terkena air boleh menyebarkan kuman dekat orang lain

Menurut Dr Aen, wanita tidak perlu basuh sanitary pad kerana anda hanya perlu buang ke dalam sanitary bin yang disediakan.

"Kalau you nak buang, you boleh balut dengan kertas lepas tu buang dalam sanitary bin. The thing is bila you basuh dekat public toilet, percikan darah yang halus, mikro percikan tu adalah sangat kotor.

"Darah ni bila dia dah keluar, ia adalah sesuatu najis. Dekat hospital pun kalau pesakit tu ada kesan-kesan darah dekat baju dia, kita takkan basuh. Sebab kita takut darah itu akan jadi ruang berlakunya jangkitan kuman kepada orang lain," jelasnya.

Image via @draenbebel (X)

Lihat video penjelasan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: