Tahukah Anda, Pesara Boleh Bekerja Di Sunway Lagoon ‘Suka-Suka’ Untuk Kekal Aktif
Beritahu mak ayah anda sekarang!
Cover image via SunwayFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi kebanyakan orang, persaraan mungkin menandakan fasa peralihan kehidupan yang lebih perlahan
Namun, bagi sesetengah rakyat Malaysia, ia juga merupakan peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu, kekal aktif, dan kekal berhubung dengan orang lain.
Itulah yang berlaku di Sunway Lagoon, di mana pesara boleh bekerja sebagai Senior Park Ambassadors (SPA).
Program ini diwujudkan khas untuk warga emas yang masih ingin kekal berhubung dengan komuniti sambil melakukan sesuatu yang menyeronokkan.

Inisiatif ini telah menarik perhatian dalam talian selepas seorang pengguna Instagram berkongsi video pesara yang bekerja di sekitar taman
Richard Stephenson menerusi perkongsiannya di Instagram, @cikgurich baru-baru ini berkongsi klip pesara bekerja di tempat tersebut, melalui program yang disediakan.
"Di tempat yang dibina untuk keseronokan, saya fikir ini adalah salah satu perkara paling bermakna yang berlaku di sebalik tabir. Syabas kepada anda, Sunway," katanya.
Richard juga menegaskan bahawa kebanyakan SPA dilengkapi dengan mikrofon peribadi, membolehkan mereka tidak perlu kuat mengeluarkan suara sepanjang hari.

Malaysia dijangka menjadi negara menua menjelang 2030, dengan 15% daripada populasi dianggarkan berumur 60 tahun ke atas, menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Daripada menganggap persaraan sebagai pengakhiran daripada pekerjaan, Sunway Theme Parks memperkenalkan inisiatif SPA sebagai cara untuk pesara kekal aktif dan terlibat secara sosial tanpa tekanan kerjaya korporat yang mencabar.
Program ini bermula apabila sebaik taman tema dibuka semula selepas pandemik, dan menurut penolong pengurus sumber manusia Sunway Lagoon, Vijayan Monoharan memaklumkan sambutannya amat menggalakkan.
"Kami menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang bertanya sama ada program berkenaan benar-benar wujud," katanya.

Daripada menumpukan kepada tanggungjawab yang tertekan, peranan SPA lebih tentang berkongsi pendapat dan berbual dengan pengunjung sepanjang hari
Lionel Chang, 66 tahun, yang sebelum ini bekerja dalam industri telekomunikasi, berkata beliau ingin kekal aktif selepas bersara, tanpa tekanan yang biasanya datang dengan kerja.
"Sebagai seorang warga emas, kami tidak dapat mengendalikan tekanan seperti dahulu. Tetapi di sini, semuanya lebih tenang. Malah bangun awal dan mengatasi kesesakan lalu lintas tidak terasa tertekan," jelasnya.
Seorang lagi ahli SPA, Vijayan, berkata berpindah daripada dunia korporat telah mengubah sepenuhnya perasaannya tentang pekerjaan.
"Saya ingin melakukan sesuatu yang saya gemari, seperti berbual dengan pelanggan. Saya suka membantu orang ramai," kongsinya.
Kini, sebahagian daripada harinya melibatkan mengikuti renjer hidupan liar di sekitar taman dan mempelajari benda baharu di sepanjang jalan.

SPA ditempatkan di pelbagai sektor di taman tema, membantu pengunjung dengan panduan dan cadangan
Apa yang mungkin kelihatan seperti interaksi mudah bagi mereka sering menjadi momen yang tidak dapat dilupakan bagi pengunjung.
Terutamanya bagi keluarga, kanak-kanak dan pelancong yang menghargai kehadiran seseorang yang berpengalaman dan mudah didekati.
Ia juga merupakan peringatan bahawa persaraan tidak semestinya bermaksud memperlahankan kehidupan sepenuhnya, tetapi juga melakukan sesuatu pada kadar keupayaan yang berbeza.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



