Tahukah Anda Perkataan ‘B*ngsat’ Sebenarnya Datang Daripada Perkataan Hokkien?

Ingatkan datang dari orang utara suruh suami tunggu sekejap.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Terminix Service
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa je yang tak pernah dengar perkataan ini bukan? Tapi tahukah anda perkataan b*ngsat ini asal usulnya berasal daripada bahasa Hokkien?

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan yang kurang murni mempunyai tujuh huruf itu membawa maksud orang jahat.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih mendalam tentang asal usul perkataan ini mengaitkannya dengan perkataan Hokkien untuk serangga 'bed bug': 木蝨 / 木虱 (ba̍k-sat).

Muzium Sejarah Alam Lee Kong Chian di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) menjelaskan bahawa maksud literalnya ialah 'kutu kayu'.

SAYS.com
Image via NUS

Walaupun tidak jelas bagaimana perkataan Hokkien untuk 'bed bug' berkembang menjadi satu penghinaan dalam Bahasa Melayu, ianya bukanlah perkara yang mengejutkan

Jika diperhatikan sebenarnya banyak makian dalam bahasa Melayu berasal daripada istilah yang tidak lucah seperti mak kau hijau, anjing, babi, dan mangkuk.

Lama-kelamaan, masyarakat Cina tempatan juga menyesuaikan bahasa Hokkien, sering meminjam perkataan Melayu, menggabungkannya ke dalam pertuturan harian dan kadangkala mengubah maksudnya.

Contohnya, mata biasanya merujuk kepada 'polis' dalam bahasa Hokkien. Selain itu, tanyalah mana-mana penutur Hokkien tempatan, perkataan tahan turut digunakan iaitu dalam frasa buey tahan (tak boleh tahan).

Pertukaran ini berfungsi dengan dua cara. Salah satu perkataan yang paling digemari di Malaysia, kuih, berasal daripada perkataan Hokkien dan Teochew, 粿 (kóe), yang merujuk kepada kek kukus atau ladu yang diperbuat daripada tepung beras.

Kata pinjaman lain termasuk beca daripada 馬車 (bé-chhia), dan teh daripada 茶 (tê). Malah perkataan Inggeris 'tea' juga sebanarnya berasal daripada bahasa Hokkien.

Semua contoh ini menunjukkan bagaimana bahasa berkembang dengan adanya peminjaman, mencampurkan dan membentuk semula perkataan, satu proses yang sering diketengahkan oleh ahli bahasa sebagai asas kekayaan budaya.

Lihat di bawah klip bagaimana 'bed bug' disebut dalam bahasa Hokkien:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: