Syarikat Singapura Cipta ‘Where Is Najib?’, Game Berunsur Sindiran Terhadap Najib Razak

Buat masa ini, permainan tersebut hanya boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple Apps Store. Bagi Google Play Store pula, permainan tersebut boleh didapati dalam tempoh tiga minggu lagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hype
Logo

Satu permainan maya "Where is Najib?" (Di mana Najib?) telah dihasilkan oleh sebuah syarikat Singapura berasaskan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta menggunakan watak bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak

Permainan maya itu telah dihasilkan oleh Glassfire Games dimainkan dengan mengetuk kepala watak tersebut untuk mendapat mata.

Pemain akan diberi 10 saat untuk mendapatkan 100 mata bagi mencari DS Najib dengan setiap ketukan yang menggunakan berlian mewakili 10 mata.

Setelah berjaya, kenyataan bernada sindiran akan keluar seperti, "Anda temui Najib! Dia cari cara untuk padam komputer saya" atau "Anda temui Najib! Dia menyamar sebagai durian" dan lain-lain pada kaca skrin telefon bimbit anda.

Image via Hype

Image via Hype

Image via Hype

Image via Hype

Pengasas permainan tersebut, Samantha De Silva menyatakan dia mendapat ilham susulan skandal luar biasa 1MDB, lapor Digital News Asia minggu lalu.

"Saya buat permainan ini bukan semata-mata untuk hiburan tetapi juga untuk menyerlahkan secara satira betapa teruknya skandal tersebut.

"Dan sebagai peringatan kita tidak boleh takut raksasa ketika kita mentertawakan mereka," katanya.

Buat masa ini, permainan tersebut hanya boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple Apps Store manakala untuk Google Play Store pula, permainan tersebut boleh didapati dalam tempoh tiga minggu lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sudah baca buku berasaskan skandal 1MDB, "Billion Dollar Whale?"

Lagi artikel di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: