7 Subjek Universiti Malaya Tersenarai Dalam Ranking 50 Terbaik Di Dunia. Hebat UM!
Tahniah, UM!
Cover image via New Straits TimesUniversiti Malaya telah menunjukkan peningkatan kukuh apabila tujuh subjek akademik mereka tersenarai dalam 50 terbaik QS World Universiti Rankings mengikut subjek 2018
Subjek-subjek itu adalah perpustakaan dan pengurusan maklumat (ranking 24), elektrik dan kejuruteraan elektronik (30), pengajian pembangunan (30), mekanikal, aeronautikal dan kejuruteraan pembuatan (41), kejuruteraan kimia (42), kejuruteraan sivil dan struktural (46), dan mineral dan perlombongan (47).
Image via New Straits Times
Image via QS Wow News
Selain itu, UM juga telah merekodkan 21 subjek dalam 100 tertinggi dunia, penambahbaikan berbanding 19 subjek tahun lalu
Pencapaian rekod lima subjek kejuruteraan dalam 50 teratas membantu melonjakkan Kejuruteraan dan Teknologi UM ke tangga ke-22 daripada ke-35 pada 2017, lapor Astro Awani.
Image via New Straits Times
UM memperbaiki kedudukan di tangga ke-45 bagi kategori Sains Sosial dan Pengurusan berbanding ke-71 pada tahun lalu sementara Kesenian dan Kemanusiaan dari tangga ke-85 kepada ke-65
Keputusan ranking ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa akan kualiti fakulti serta siswazah UM.
Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim berkata, pencapaian itu adalah hasil produktiviti, komitmen dan dedikasi kakitangannya, selain penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang.
Image via New Straits Times

