“Syukur Dapat Kakak Ipar Baik” – Wanita Kongsi Kakak Ipar Ajar Suaminya Cara ‘Pujuk Bini’
Mesti bestie diorang ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita kongsi rasa beruntungnya mendapat kakak ipar yang memahami dirinya walaupun bukan darah daging sendiri
Menerusi perkongsian @hannaney._ di Threads, dia telah berkongsi tangkap layar perbualan antara kakak ipar dengan suaminya.
Perbualan itu memaparkan bagaimana kakak iparnya memberi tunjuk ajar kepada suaminya cara memujuk isteri di samping nasihat untuk menghargai isteri.
"Syukur dapat kakak ipar yang baik, tak pernah backup adik dia kalau adik dia salah. Siap bagi tips kat adik dia cara cara pujuk bini merajuk.
"Ni conversation dia dengan suamiku. So Hanna 1-0 suami Hanna," tulisnya.


Dapat reaksi positif ramai netizen memuji tindakan kakak iparnya
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya memberi reaksi positif terhadap tindakan kakak iparnya dan mendoakan kebaikan buatnya.
"Betul sis, saya pon bersyukur sangat dapat mertua dan ipar duai yang baik sangat-sangat, saya dengan kak ipar saya dah macam best friend kalau jumpa mesti nak gosip dulu," tulis sebuah komen.
Dalam sebuah lagi ciapannya, wanita itu mengucapkan penghargaan kepada semua netizen yang memberi komen.
"Awh banyaknya komen kat latest post. Terima kasih korang sebab sudi doakan yang baik baik untuk kak ipar saya. Semoga semua ipar ipar yang baik ni Allah beri ganjaran syurga," tulisnya.
Lihat antara komen lain di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 