Syed Saddiq Umum Tak Jadi Join Radio ERA, Bersyukur Dapat Tawaran Lain Berjumlah Lebih RM1 Juta – “Trust Allah’s Plan”
Menurutnya, bayaran kontrak yang sudah ditandatangani tetap akan diterima dan akan diberi 100% kepada tabung biasiswa Muar.
Cover image via @SyedSaddiq (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila satu pintu rezeki tertutup, percayalah ada sepuluh lagi sedang menanti untuk dibuka
Itulah yang disifatkan Syed Saddiq setelah perancangannya bersama radio ERA tidak dapat diteruskan tetapi dirinya tetap bersyukur apabila pelbagai tawaran lain diterima sebaik beliau dimaklumkan untuk rancangan bersama ERA perlu put on hold.
"Minggu lepas saya janji nak kongsikan berita gembira, hari ini saya kena jujur dengan anda semua.
"Khamis lepas saya telah tandatangan kontrak bersama ERA fm sebagai salah seorang DJ mereka, tetapi semalam saya dimaklumakan oleh team ERA atas sebab-sebab tertentu kerjasama ini tak dapat diteruskan.
"Sedih? Tak, sebab saya percaya satu pintu rezeki tertutup, 10 lagi dibuka. Hari yang sama juga saya dapat tawaran berbeza yang berjumlah RM1,060,000," katanya.

Duit yang tetap diterima akan disumbangkan 100% kepada tabung biasiswa Muar
Menurut Syed Saddiq, walaupun rancangan tersebut tidak menjadi, pihak ERA tetap akan melunaskan bayaran seperti di dalam kontrak dan wang tersebut akan diberikan 100% kepada tabung biasiswa Muar.
"Saya dah maklumkan kepada mereka, 100% gaji saya akan disumbangkan sebagai biasiswa kepada 20 mahasiswa dari Muar yang datang dari keluarga susah.
"Bagaimanapun pihak ERA tetap berbesar hati tetap mahu lunaskan bayaran kontrak yang dah ditandatangani dan saya akan salurkan jumlah itu ke tabung biasiswa Muar seperti yang dijanjikan.
"Sebab itu kawan-kawan, ingat satu je, trust Allah's plan. Every setback builds a stronger man. Nantikan," katanya.
Lihat video penuh di bawah:
Minggu lepas saya janji nak kongsi berita gembira.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 1, 2025
Berita yang sejujurnya, saya sendiri tak sabar-sabar nak umumkan….(watch the full video)
Trust Allah's plan. every setback builds a stronger man. pic.twitter.com/5wAd558aga
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



