Syed Saddiq Umum 100% Bayaran Yang Diterima Jadi Duta Wawa Cosmetics Kepada Muar

Wawa Cosmetics merupakan syarikat yang diusahakan pasangan suami isteri selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syed Saddiq bakal menyerahkan sepenuhnya bayaran sebagai wajah kempen produk kecantikan, Wawa Cosmetics kepada tabung membantu penduduk di Muar

Menerusi laporan Berita Harian, Ahli Parlimen Muar itu berkata bayaran yang diterima bukan untuk dirinya, sebaliknya ia akan diagih kepada penduduk di kerusi Parlimen yang diwakilinya itu.

"Selalunya, saya maklumkan terlebih dahulu kepada pemilik jenama bahawa setiap sen bayaran yang saya terima, akan saya salur kepada kebajikan penduduk Muar.

"Sebelum ini pun, saya kongsikan begitu. Untuk jenama ini (Wawa Cosmetics), saya juga akan salurkan keseluruhannya.

"Tetapi berapa jumlahnya, kena dapat kebenaran boss-boss (pemilik Wawa Cosmetics) di sebelah saya ini. Apa-apa pun, saya akan perincikan.

"Namun, ada beberapa jenama yang tidak benarkan saya letak jumlah kerana perlu melalui beberapa agensi. Namun, saya boleh maklumkan jenis bantuan disalurkan.

"Apa-apa pun, 100 peratus (bayaran) disalurkan kepada rakyat kerana pada akhirnya, ini adalah untuk kebajikan, bukannya untuk saya," katanya.

SAYS.com
Image via @budak.tadika (Instagram)

Memilih tawaran menjadi duta produk dengan berhati-hati atas disebabkan imej sebagai penggubal dasar

Syed Syaddiq diperkenalkan sebagai wajah kempen kepada produk pelindung matahari Wawa Cosmetics. Selain Syed Saddiq, turut diumum sebagai wajah kempen adalah Umisya Mazlan dan Aslam.

Menurutnya, tidak semua tawaran wajah kempen atau duta akan diambilnya, malah beliau menolak beberapa tawaran yang dilihat tidak sesuai dengan imejnya sebagai penggubal dasar.

"Banyak juga (tawaran) saya tolak atas sebab tertentu. Saya ikut kesesuaian. Publisiti yang saya kongsi perlulah sesuai dengan saya seperti produk ini.

"Wawa Cosmetics adalah produk Malaysia dan berjaya. Produk ini juga sesuai dengan saya sebagai individu yang gemar bersukan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: