Syed Saddiq Kongsi 3 Prinsip Kejayaan Sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic
Lebih 600 pelajar cemerlang SPM 2025 bersama ibu bapa dari seluruh negara dihimpunkan.
Cover image via Eskayvie MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Eskayvie terus membuktikan komitmentnya dalam pembangunan modal insan menerusi penganjuran Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026 baru-baru ini
Berlangsung meriah di Courtyard by Marriott Setia Alam, majlis ini menghimpunkan lebih 600 pelajar cemerlang SPM 2025 bersama ibu bapa dari seluruh negara.
Majlis ini bukan sekadar sebuah acara penghargaan akademik, malah menjadi platform penting bagi Eskayvie menyampaikan mesej bahawa potensi luar biasa seorang anak perlu disokong secara holistik, bermula dengan asas yang kukuh di rumah.

Majlis ini merupakan kesinambungan kepada kempen "Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda," sebuah inisiatif Eskayvie yang lahir daripada kesedaran bahawa setiap anak mempunyai potensi tersendiri untuk berjaya, dan potensi tersebut perlu dibimbing, dipupuk dan disokong secara konsisten setiap hari.
Lebih daripada sekadar pengiktirafan, majlis ini membawa satu mesej yang semakin relevan dalam landskap pendidikan masa kini iaitu kejayaan anak bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada gabungan usaha anak, sokongan ibu bapa, guru-guru, pihak sekolah serta semua pihak berkepentingan yang membantu perkembangan mereka secara menyeluruh.
Anjakan paradigma, kejayaan melalui nutrisi dan emosi
Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed, menegaskan bahawa dalam landskap pendidikan yang mencabar, kejayaan tidak lagi boleh diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata. Ia merangkumi keupayaan berfikir kritis, daya tahan, dan kreativiti yang selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.
"Potensi anak tidak hanya dibina di dalam bilik darjah, tetapi ia bermula dari rumah melalui pemakanan seimbang, sokongan emosi yang konsisten, dan persekitaran belajar yang tenang," ujarnya.
Beliau turut menyifatkan pelaburan terhadap nutrisi minda sebagai salah satu langkah paling bijak yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu perkembangan kognitif anak secara optimum.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan & Inovasi Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menjelaskan bahawa banyak cabaran pembelajaran seperti kelesuan dan kurang motivasi berpunca daripada otak yang tidak mendapat sokongan nutrisi yang tepat.
Sebagai penyelesaian berasaskan sains, Eskayvie memperkenalkan:
- Mindtropic (13 tahun ke atas): Gabungan 7 bahan nootropik untuk fokus dan prestasi minda jangka panjang.
- Mindtropic Junior (2-12 tahun): Rumusan khas nootropik, multivitamin, dan enzim pencernaan untuk menyokong tumbesaran serta kesihatan visual dalam era digital.
Suntikan semangat daripada tokoh inspirasi
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, seorang figura yang cukup sinonim dengan dunia kekeluargaan, yang menyampaikan kata-kata penuh semangat kepada para pelajar dan ibu bapa.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar, yang berkongsi formula kejayaan bersama para pelajar dengan menekankan tiga prinsip utama iaitu obsesi terhadap matlamat, disiplin yang konsisten dan keberanian mengambil risiko untuk mencuba jalan baharu.
Beliau turut mengingatkan bahawa keputusan cemerlang hari ini bukan tiket untuk terlalu selesa, kerana dunia sebenar akan sentiasa berubah dan hanya mereka yang mampu menyesuaikan diri, berfikir secara berbeza dan berani melakukan kelainan akan terus kekal relevan pada masa hadapan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Shahrum Md Saud dan Timbalan Pengarah, Lembaga Peperiksaan, KPM), Roslan Ibrahim sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan potensi generasi muda, sekali gus
turut menyampaikan anugerah apresiasi kepada pelajar-pelajar cemerlang.
Melalui penganjuran majlis ini, Eskayvie berharap lebih ramai ibu bapa, pihak sekolah, Kementerian Pendidikan dan semua pihak berkepentingan dapat memahami kepentingan nutrisi minda untuk menyokong perkembangan minda anak, serta bersama-sama menjayakan kempen "Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda", demi membina generasi yang lebih fokus, lebih yakin, lebih berdaya tahan dan lebih bersedia menghadapi dunia sebenar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior, layari eskayvie.com!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



