Syed Saddiq Dapat RM100K Jadi Duta Bersama Bella Astillah, Nekad Sumbang Semua Ke Muar
Perkara tersebut turut dikongsikan di laman Instagram Bella Astillah.
Cover image via @syedsaddiq (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syed Saddiq mengumumkan wang yang diterima daripada menjadi duta untuk syarikat perfume bernilai RM100,000 akan diberikan sepenuhnya ke Muar
Menerusi perkongsian Syed Saddiq di X, perkara itu diumumkan selepas dia memberitahu telah menjadi duta bagi sebuah syarikat minyak wangi, Dolcea.
Menjadi duta bersama Bella Astillah, berita ini turut dikongsi di laman Instagram milik penyanyi tersebut.
"From Parliament to perfume, now we're making scents together!
"Saya dapat RM100,000 dari Ambasaddorship bersama Dolcea & saya sumbangkan kesemua RM100,000 ke Muar," tulis Syed Saddiq di X.
Ruangan komen dihadiri para netizen yang berseloroh mengenai hubungan mereka berdua
Menerusi tinjauan di bahagian komen pada hantarannya di X, terdapat beberapa pengguna yang memberikan komen mengusik Syed Saddiq yang sentiasa ada bersama Bella Astillah.
Rata-rata komen yang diberikan bertanyakan berkenaan status hubungan mereka sehingga ada yang bertanya bila mereka akan berkahwin.
Lihat antara komen di bawah:
Image via X
Image via X
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


