Syarikat Penerbangan Ingatkan Penumpang Datang 4 Jam Awal Ke Airport Susulan Cuti CNY
Difahamkan, masa menunggu di kaunter daftar masuk dan imigresen mungkin adalah lebih lama daripada biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia Airlines dan Batik Air menasihatkan penumpang untuk tiba di lapangan terbang empat jam awal sebelum waktu berlepas yang dijadualkan
Dalam satu kenyataan yang disiarkan kepada SAYS, hari ini, 13 Februari, Batik Air memaklumkan lapangan terbang di seluruh negara dijangka mengalami trafik penumpang yang lebih tinggi daripada biasa semasa tempoh puncak perjalanan.
Disebabkam situasi ini, penumpang disaran untuk terus melengkapkan daftar masuk secara dalam talian sebelum menuju ke lapangan terbang.
"Penumpang dinasihatkan untuk tiba sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas, dengan pas masuk sudah tersedia bagi memberi masa yang mencukupi untuk menurunkan bagasi, pemeriksaan keselamatan dan urusan di lapangan terbang yang lain.
"Perancangan lebih awal membantu memastikan permulaan perjalanan anda lebih lancar dan santai, supaya anda boleh fokus pada apa yang benar-benar penting pada musim perayaan ini, berhubung semula dengan keluarga, berkongsi ketawa sambil menikmati hidangan perayaan dan mencipta kenangan indah," menurut kenyataan itu.

Gamabr sekadar hiasan.
Image via Mohd Fadli Hamzah/New Straits TimesTerdahulu, Malaysia Airlines menggesa penumpang yang bergerak antara 13 Februari hingga 22 Februari untuk tiba di Terminal 1 KLIA empat jam lebih awal daripada penerbangan mereka.
"Ini membolehkan masa yang mencukupi untuk daftar masuk dan pengesahan dokumen di pelbagai touchpoints perlepasan lapangan terbang," menurut kenyataannya pada Isnin, 9 Februari.
Penumpang juga diingatkan kaunter daftar masuk akan ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
Selepas mendaftar masuk, penumpang perlu terus ke kawasan pemeriksaan keselamatan. Masa akhir imbasan pas masuk adalah 40 minit sebelum berlepas untuk penerbangan domestik dan 50 minit untuk penerbangan antarabangsa.
Disebabkan oleh jangkaan peningkatan bilangan penumpang, masa menunggu lebih daripada 45 minit mungkin berlaku di titik perlepasan utama, termasuk kaunter daftar masuk, imigresen dan pemeriksaan keselamatan. Malaysian Airlines mengingatkan pintu masuk akan ditutup 30 minit sebelum berlepas.
Kebiasaanya, penumpang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang tiga jam sebelum penerbangan antarabangsa dan dua jam sebelum penerbangan domestik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 