Syarikat Penerbangan AirBorneo Mula Beroperasi Januari Tahun Depan

AirBorneo membawakan slogan 'Borneo for You', mencerminkan identiti Sarawak dan visinya memperkukuh kesalinghubungan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, AirBorneo dijangka bakal memulakan operasinya Januari depan

Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata penerbangan akan menggunakan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan.

"Apabila proses peralihan selesai, AirBorneo dijangka memulakan operasi sendiri pada Januari 2026 dengan menggunakan RAS sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan.

"Ia juga dirancang untuk berkembang ke operasi jet serantau menjelang akhir tahun, bergantung kepada ketersediaan pesawat, peruntukan slot lapangan terbang serta kelulusan pengawalseliaan," katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin (tengah).

Image via Herriey Naha

Beroperasi selepas pengambilalihan MASwings

Menurutnya, jangkaan waktu operasi ini adalah berikutan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd yang dijangka selesai pada 31 Disember ini susulan Perjanjian Pembelian Saham yang ditandatangani pada 12 Februari lalu.

Lee berkata, sebagai permulaan, penerbangan itu menggunakan masing-masing satu pesawat Twin Otter dan ATR.

"Proses pengambilalihan pesawat mengambil masa dan dijangka dalam masa enam bulan secara berfasa," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg melancarkan logo AirBorneo bertema 'Wings of Unity' dengan slogan 'Borneo for You', mencerminkan identiti Sarawak dan visinya untuk memperkukuh kesalinghubungan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: