Syarikat Malaysia Cipta Sejarah Lancar Chatbot AI Patuh Syariah Pertama Di Dunia Guna Deepseek

Ini memang power!

Enlarge text
Cover ImageCover image via NurAI & SAYS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zetrix AI Bhd, sebelum ini dikenali sebagai MY EG Services Bhd, telah melancarkan NurAI, sebuah Large Language Model (LLM) berlandaskan syariah pertama di dunia

Menurut The Edge, model AI ini dibangunkan menggunakan model open-source DeepSeek dari China, dengan bantuan teknikal daripada syarikat China itu.

NurAI Chatbot direka untuk menyediakan panduan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Arab dan Inggeris berkenaan topik daripada hukum makanan sehinggalah kepada nasihat undang-undang, berdasarkan nilai syariah dan Islam.

Dalam beberapa bulan akan datang, Zetrix AI merancang untuk melancarkan avatar cendekiawan Islam yang dikuasakan AI menawarkan nasihat tentang gaya hidup, kesihatan dan perkhidmatan kewangan.

Dilatih dengan sumber syariah serta sistem undang-undang Islam komprehensif yang mengawal aspek kehidupan seharian termasuklah penyediaan makanan sehinggalah kepada ilmu perbankan, NurAI berhasrat untuk menyampaikan bantuan yang relevan dari segi budaya dan patuh akidah kepada penggunanya.

SAYS.com
Image via Nabila Adlina Azahari/New Straits Times

Syarikat itu merancang menyasarkan kolaborasi institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam fasa seterus strategi pertumbuhannya

Menerusi laporan Sundaily, chatbot ini kini tersedia di App Store, Google Play Store dan laman sesawang.

Pengasas bersama Zetrix AI dan ketua pembangunan AI, Datuk Fadzli Shah berkata pelancaran awal akan meliputi Malaysia, Indonesia dan Brunei, pasaran gabungan yang melibatkan 340 juta orang yang majoritinya mengikuti mazhab Shafi'i. Kemas kini yang baharu dikatakan akan menggabungkan panduan daripada mazhab lain.

Model NurAI dibangunkan di bawah inisiatif Makmal AI ASEAN–China, kerjasama antara Zetrix AI dan Beitou IT Innovation dari China, menubuhkan makmal antara kerajaan-ke-kerajaan yang menghimpunkan syarikat AI terkemuka dari China dan ASEAN.

Menerusi laporan New Straits Times, inisiatif ini bertujuan untuk mencipta produk AI setempat dan meningkatkan aplikasi rentas sempadan.

Fadzli berkata kira-kira 10 penyelidik DeepSeek membantu dalam mengoptimumkan sistem tersebut bagi mengurangkan penggunaan memori, membolehkan NurAI digunakan dengan mudah sambil mengekalkan kelajuan dan kecekapan sumber.

SAYS.com
Image via NurAI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: