“Sweetnya” – Isteri Siapkan Bento Bentuk Hati Buat Bekal Makanan Suami Ini Curi Tumpuan
Kita yang tengok pun cemburu!
Cover image via @mossrose1 (TikTok)Hubungan selepas bernikah pasti akan hadirnya nikmat manis bercinta
Melihat suasana romantik yang hadir dalam hubungan pasangan selepas berkahwin ini kadang-kala mampu membuat jiwa 'single' kita meronta-ronta.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, tindakan seorang lelaki yang membawa bento comel buatan isterinya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Orang lain bawa bekal beli, dia bawa bento buatan isteri
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @mossrose1 di TikTok, tindakan lelaki itu bawa bento berbentuk hati buat ramai rasa cemburu.
Lebih menarik perhatian, rata-rata pekerja di situ membawa bekal makanan hasil beli di luar. Namun, bento berbentuk hati buatan isteri lelaki berkenaan dilihat sangat comel dan romantik.
Menurut pemilik video, rupa-rupannya lelaki tersebut sebenarnya baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Image via @mossrose1 (TikTok)
Image via @mossrose1 (TikTok)
Image via @mossrose1 (TikTok)
"Comelnya, rasa macam nak kahwin sekarang juga" – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 745.3K tontonan, 41.9K tanda suka serta 1686 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kecomelan bekal makanan lelaki itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @mossrose1 (TikTok)
Image via @mossrose1 (TikTok)
Image via @mossrose1 (TikTok)
Min suka bento bentuk kapal terbang 😛
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

