Suruhanjaya Tenaga Umum Penarafan Bintang Baharu Untuk Kecekapan Tenaga ‘Aircond’

Siapa yang nak beli aircond baru tu take note!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumumkan pelaksanaan jadual penarafan bintang baharu untuk produk penyaman udara bermula 1 Januari ini hingga 31 Disember 2029

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan ST, pelaksanaan ini adalah selaras dengan Guideline of Energy-Using Product yang telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2025 lalu.

"Pelaksanaan penarafan bintang baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk meningkatkan tahap kecekapan tenaga serta menggalakkan penggunaan produk elektrik yang lebih cekap dan mampan.

"Di bawah jadual penarafan bintang baharu ini, nilai minima penarafan di bawah Standard Prestasi Tenaga Minima (Minimum Energy Performance Standard – MEPS) telah dikemaskini dan ditingkatkan.

"Penambahbaikan ini mengambil kira kriteria penarafan bintang yang telah diperketatkan bagi mencerminkan kemajuan teknologi dan piawaian kecekapan tenaga semasa yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu.

Masih akan ada produk yang menggunakan label lama semasa tempoh peralihan

Menurut ST, masih akan terdapat produk penyaman udara di pasaran yang masih menggunakan label penarafan kecekapan tenaga yang lama dalam tempoh peralihan.

"Ini adalah kerana pemakaian penarafan bintang baharu ini hanya terpakai kepada produk yang mengemukakan permohonan Perakuan Kecekapan Tenaga selepas 1 Januari 2026 dan seterusnya.

"Manakala, produk yang telah memperoleh Perakuan Kecekapan Tenaga sebelum 1 Januari 2026 masih dibenarkan menggunakan label sedia ada sehingga tamat tempoh sah laku perakuan tersebut, selaras dengan mekanisme pelaksanaan yang telah ditetapkan," jelas ST.

SAYS.com
Image via Blogspot

Berikut adalah panduan diberi ST bagi pengguna yang mahu mendapatkan penyaman udara:

  1. Sekiranya tahun yang tertera pada label penarafan kecekapan tenaga bagi penyaman udara adalah tahun 2026, maka jadual penarafan bintang pada label adalah berdasarkan jadual penarafan bintang yang baharu.
  2. Pengguna dinasihat memberi perhatian kepada maklumat yang tertera pada label penarafan kecekapan tenaga di penyaman udara, termasuk penggunaan tenaga dan tahun yang dipaparkan pada label.
  3. Sila imbas kod QR pada label tersebut bagi mendapatkan makluman terperinci mengenai Perakuan Kecekapan Tenaga bagi penyaman udara tersebut.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ST di SINI atau hubungi ST melalui emel [email protected].

SAYS.com
Image via Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: