Sunway Mulakan Sinar Ramadan 2026, 75 Warga Emas Johor Terima Kejutan Penuh Makna
Setiap kali Ramadan tiba, ramai sibuk dengan menu berbuka dan persiapan raya bersama keluarga. Namun bagi warga emas di pusat jagaan, bulan ini boleh terasa sunyi tanpa perhatian dan kehadiran orang sekeliling.
Cover image via SunwayFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Inisiatif Sinar Ramadan kembali lagi tahun ini

Setiap kali bulan Ramadan tiba, semangat berkongsi rezeki dan menyantuni golongan memerlukan menjadi tunjang utama.
Sejak 2014, Sinar Ramadan, inisiatif Raya Cheer Sunway di bawah #SunwayforGood, memberi tumpuan kepada komuniti kurang bernasib baik melalui sumbangan makanan, barangan keperluan serta aktiviti kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
Sepanjang tempoh itu, lebih 100,000 individu di seluruh Malaysia telah menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk juadah berbuka puasa, hadiah raya, bantuan barangan runcit dan program komuniti yang memberi pengalaman bermakna.
Tahun ini, Sinar Ramadan 2026 kembali dengan misi meneruskan usaha menyantuni komuniti di beberapa negeri, termasuklah Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Selangor.
Johor jadi destinasi pertama Sinar Ramadan 2026
Program pertama berlangsung di Johor Bahru, dengan kehadiran 75 warga emas dan penjaga dari dua organisasi kebajikan termasuklah Pusat Jagaan Impian Syimah dan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Daripada jumlah itu, 23 penghuni merupakan warga emas yang terlantar, namun mereka tetap diraikan dengan penuh perhatian oleh sukarelawan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Johor Bahru YBhg. Tuan Mohd Masni Bin Wakiman, bersama barisan kepimpinan Sunway termasuk Datin Paduka Sarena Cheah, Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway dan Gerard Soosay, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway City Iskandar Puteri.
Seramai 35 sukarelawan Sunway dan rakan kerjasama turut turun padang untuk menceriakan suasana.
Bukan sekadar berbuka puasa, tapi turut menyantuni penghuni
Selain majlis berbuka puasa, para sukarelawan turut meluangkan masa untuk membantu penjaga melakukan tugasan harian, berbual bersama warga emas serta menyantuni penghuni yang terlantar.
Sunway juga menyumbangkan bekalan barangan runcit selama dua bulan bagi membantu menampung keperluan operasi pusat jagaan tersebut.
Acara turut dimeriahkan dengan sesi memasak oleh penyokong selebriti reben merah Yayasan AIDS Malaysia Muadz Dzulkefly dan Muzzammil bin Alias atau W.A.R.I.S, selain aktiviti mengacau bubur asyura yang melambangkan semangat kebersamaan.
Sebagai penutup majlis, warga emas turut menerima duit raya, bekas makanan #SunwayforGood serta kek kurma sebagai hadiah Ramadan.
Inisiatif ini diteruskan ke Perak, santuni lebih 500 komuniti orang asli
Selepas Johor, Sinar Ramadan 2026 diteruskan ke Perak, menyantuni lebih 500 penduduk Kampung Orang Asli Chadak melalui bantuan keperluan asas dan majlis berbuka puasa bersama.
Inisiatif ini dijalankan bersama rakan kerjasama seperti Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZS), Selangor Youth Community (SAY) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).

Majlis turut dihadiri wakil Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Mohammad Nizar Jamaluddin, bersama Tok Batin Leman Pandak serta kepimpinan Sunway termasuk Penasihat Kanan Kumpulan Sunway Tan Sri Razman Hashim dan Presiden Kumpulan Sunway Datuk Anuar Taib.
Acara dimeriahkan dengan sesi memasak dan aktiviti mengacau bubur lambuk bersama penyokong selebriti reben merah Yayasan AIDS Malaysia Shah Shamshiri, selain permainan untuk kanak-kanak sebelum semua penduduk menikmati juadah berbuka puasa bersama.
Kerjasama ini membantu menggerakkan sukarelawan serta memastikan bantuan sampai kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.
Kerjasama ini membantu menggerakkan sukarelawan serta memastikan bantuan sampai kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.
Saksikan kisah Sinar Ramadan dengan lebih dekat
Nak lihat sendiri bagaimana inisiatif ini membawa kegembiraan kepada komuniti?
Saksikan video penuh Sinar Ramadan 2026 oleh Kumpulan Sunway yang memaparkan momen bermakna sepanjang program ini dijalankan di SINI.
Kadang-kadang, kegembiraan ramadan bukan datang daripada apa yang kita ada, tetapi daripada siapa yang kita sempat bahagiakan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


