Suka Gigit Kuku? Hentikan Segera, Ini 5 Sebab Kenapa Tabiat Ini Tak Bagus Pada Kesihatan

Anda yang seorang gemar menggigit kuku? Sebaiknya hentikan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Google
Logo

Sesetengah orang berpendapat tabiat menggigit kuku ini ada berkaitan dengan masalah psikologi

Mesti ada seringkali melihat tabiat sebegini di hadapan anda. Tidak kira rakan atau ahli keluarga. Tabiat ini sukar dibendung. 

Kebanyakan orang yang mempunyai tabiat ini akan cakap:

"Sedaplah gigit kuku"

Ya, ia memang sangat susah nak berhenti jika seseorang sudah terbiasa sebegini. Ada juga yang gigit sampai sampai berdarah pada hujung jari. Kedengaran pun memang agak menakutkan.

Ini sebab kenapa menggigit kuku akan beri kesan tidak bagus untuk kesihatan kita:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

1. Menyebabkan jangkitan kuman

Menggigit kuku boleh menyebabkan kulit pada kutikel koyak dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Masalah gigi atau kecederaan gusi juga boleh berlaku.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Root Of Science

2. Menyebabkan sakit perut

Apabila kuku yang digigit ditelan, kuman yang terselit di bawah permukaan kuku dipindahkan ke dalam perut. Cacing jarum (pinworms) dan bakteria di bahagian dubur boleh dipindahkan kepada perut dan menyebabkan sakit perut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

3. Hubungan dengan Penyakit Obsesif Kompulsif (OCD)

Tabiat ini juga dikatakan mempunyai sedikit sebanyak berhubung kait dengan penyakit obsesif kompulsif atau lebih dikenali sebagai 'Obsessive Compulsive Disorder' (OCD). Penyakit obsesif kompulsif dikategorikan sebagai tindakan kompulsif yang berlebihan di dalam sesuatu perbuatan seperti tabiat menggigit kuku.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Diagnosa

4. Mengganggu pertumbuhan kuku

Berkemungkinan besar kuku anda itu tidak boleh tumbuh semula kerana bila ia digigit sehingga timbul masalah besar pada kuku, ia boleh mengganggu kuku tersebut daripada tumbuh.

Gambar sekadar hiasan.

Image via SehatQ

5. Dapat penyakit E.coli

Bakteria E.coli adalah antara bakteria berbahaya yang boleh membawa maut. Menggigit kuku yang kotor dan tangan yang tidak dicuci boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit E.coli ini tanpa sedar!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Amazine

Sebab itulah jangan jadikan perbuatan gigit kuku sebagai amalan, ianya boleh memudaratkan kesihatan korang. Take note okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: