Suhu Cecah 37 Darjah Celcius, MET Malaysia Beri Amaran Cuaca Panas Di 3 Buah Negeri

Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuaca panas yang melanda beberapa daerah di tiga negeri kini berada pada Tahap 1 atau berjaga-jaga

Ia kerana ketiga-tiga negeri tersebut telah mencatat suhu maksimum harian hingga 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, tiga negeri itu ialah Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu, Perak (Larut dan Matang, Kuala Kangsar serta Perak Tengah), dan Kelantan (Machang dan Kuala Krai).

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Sabah dan Sarawak rekod suhu harian kurang daripada 35 darjah celsius

Dalam pada itu, negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak pula merekodkan suhu harian kurang daripada 35 darjah celsius.

Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang berpanjangan.

Ini termasuk mengelak daripada melakukan kegiatan fizikal di bawah pancaran matahari yang terik, minum air secukupnya, dan berada di tempat teduh atau berhawa dingin.

"Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut," kata kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: