Sugarbomb Cipta Sejarah, Harumkan Nama Malaysia Di Dubai Beautyworld Middle East 2025
Sugarbomb turut perkenalkan Heritage Collection iaitu koleksi ekslusif lima wangian ikonik.
Cover image via @sugarbombgroup (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama wangian tempatan Malaysia, Sugarbomb semakin mencipta nama di persada antarabangsa, kini mereka sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya wakil dari ASEAN dalam pameran antarabangsa Beautyworld Middle East 2025 yang berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober di Dubai World Trade Centre baru-baru ini
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Sugarbomb menyertai acara berprestij tersebut, dan tahun ini mereka tampil berani dengan memperkenalkan Sugarbomb Heritage Collection iaitu koleksi eksklusif lima wangian ikonik antaranya Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam, dan Gemersik Sutera.
Menariknya lagi, koleksi ini turut mendapat pengiktirafan dan kerjasama dari Givaudan, salah satu pembekal perfume terbesar dunia, sekaligus mengangkat kredibiliti Sugarbomb ke peringkat global.

Sugarbomb turut bekerjasama dengan Tinta Sutera, pengilang batik dari Kelantan
Dalam usaha mengekalkan identiti Malaysia, setiap botol dalam Heritage Collection dihiasi dengan motif batik asli yang direka khas oleh pengilang batik terkenal dari Kelantan, Tinta Sutera.
Setiap corak dicanting secara manual, menjadikan setiap penutup botol unik dan eksklusif. Gabungan ini bukan sahaja memperlihatkan kehalusan seni tangan Malaysia, tetapi juga menjadi simbol penghargaan terhadap warisan tempatan yang terus dipelihara dalam konteks moden.
"Kami bangga membawa warisan Malaysia ke pentas dunia melalui seni batik dan wangian. Ini lebih dari sekadar produk, ia adalah cerita tentang budaya dan inovasi," kata jurucakap Sugarbomb.


Kunjungan konsulat General of Malaysia, Dubai, MATRADE, Tourism
Image via @sugarbombgroup (TikTok)Dengan pencapaian luar biasa ini, Sugarbomb kini telah melebarkan sayap dengan pengedar rasmi di Dubai, Filipina, Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom, dan India – dan kini menyasarkan pasaran Eropah, termasuk Argentina dan Amerika Utara.
Sugarbomb bukan sekadar jenama, tetapi simbol jenama lokal yang diusahakan oleh anak tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan kualiti dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sugarbomb, anda boleh sahaja layari https://www.sugarbombgroup.com atau boleh ikuti media sosial @sugarbombgroup !
@sugarbombgroup Proudly unveiling the Nostalgia Heritage Collection a collaboration with Givaudan, inspired by the timeless essence of Malaysian heritage. Thank you to all guests and influencers who made this launch unforgettable. #SugarBomb #Nostalgia #Dubai #BeautyWorldMiddleEast #Malaysia ♬ original sound – SugarBomb Perfumes Official
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



