Sudio & Subtle Lancar Pop-Up Barangan Eksklusif Di Sunway Pyramid Sehingga 4 Januari Ini

Jenama audio premium dari Sweden, Sudio, kembali ke pasaran Malaysia; serentak dengan debut rasmi jenama gaya hidup urban, Subtle.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sudio
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, jenama audio premium dari Sweden, Sudio, kembali ke pasaran Malaysia serentak dengan debut rasmi jenama gaya hidup urban, Subtle

Bagi meraikan kehadiran dwi-jenama ini, satu acara pop-up eksklusif bertemakan "The Joy of Giving, Elevated" kini sedang berlangsung di GF Event Space (berhadapan Switch), Sunway Pyramid sehingga 4 Januari 2026.

Sudio, yang diasaskan di Stockholm pada 2012, kembali ke pasaran Malaysia dengan strategi harga yang lebih kompetitif tanpa mengabaikan rekaan minimalis dan kualiti audio tinggi.

Eksekutif Jualan & Merchandising MBase Marketing, Jayden Luo, menjelaskan bahawa misi utama pelancaran semula ini adalah untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati teknologi audio premium secara inklusif.

SAYS.com

Pengurus Pemasaran Digital MBase, Kumpulan CenturyX Malaysia, Nicky Fun (kiri) dan Eksekutif Jualan & Pemasaran, Jayden Luo.

Image via Sudio

"Kami melancarkan semula Sudio dengan strategi harga yang lebih 'mesra pelanggan'. Matlamat kami adalah memastikan kualiti audio yang konsisten dan kompetitif jika dibandingkan dengan jenama besar lain di pasaran," ujar beliau.

Antara produk tumpuan ialah fon telinga Sudio N3 Pro yang dilengkapi ciri Pembatalan Hingar Aktif (ANC), jangka hayat bateri 30 jam, dan dibina menggunakan 20 peratus plastik kitar semula sebagai sokongan terhadap kelestarian alam sekitar.

Subtle: Gaya 'urban outdoor' untuk nomad moden

Sementara itu, jenama Subtle membuat kemunculan pertama dengan membawa falsafah "urban outdoor" yang diilhamkan daripada budaya jalanan. Jenama ini mensasarkan golongan muda atau 'modern nomad' yang memerlukan kelengkapan tahan lasak namun kekal bergaya.

Pengurus Pemasaran Digital MBase Marketing, Nicky Fun, menyatakan Subtle hadir sebagai alternatif kepada rekaan beg sedia ada yang sering kelihatan terlalu formal.

"Koleksi ikonik 'MainStreet' kami menggunakan fabrik nilon kalis air berketumpatan tinggi yang sangat sesuai dengan iklim tropika Malaysia. Produk seperti beg galas Wander Traverse dan Indie Side Pack bukan sahaja nampak 'cute' dan lembut, tetapi mempunyai ruang penyimpanan yang luas dan ergonomik," jelas Nicky.

SAYS.com
Image via Sudio
SAYS.com
Image via Sudio

Sempena acara pop-up di Sunway Pyramid, pelanggan ditawarkan pelbagai ganjaran menarik:

  • Diskaun Berperingkat: Potongan 10 peratus untuk pembelian satu barangan dan 20 peratus untuk dua barangan atau lebih dalam satu resit.
  • Cabutan Bertuah: Pelanggan yang berbelanja minimum RM300 bagi produk Subtle berpeluang memenangi hadiah premium.
  • Khidmat Bungkusan Percuma: Setiap pembelian produk Subtle disediakan bungkusan reben percuma bagi memudahkan urusan pemberian hadiah.

Orang ramai dijemput hadir ke Sunway Pyramid untuk merasai sendiri kualiti produk dan kecemerlangan audio yang ditawarkan sebelum tempoh promosi berakhir 4 Januari 2026.

SAYS.com
Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: