Subway Malaysia Santuni ‘Wira Barisan Hadapan’ Hospital Kuala Lumpur Menerusi Inisiatif “Rayakan Bersama” 2026

Memasuki tahun kedua penganjurannya, Subway Malaysia akan terus memperluaskan capaian kempen ini.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bersempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia, Subway Malaysia sekali lagi melancarkan inisiatif komuniti "Rayakan Bersama" 2026

Program ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus berbakti tanpa henti sepanjang musim perayaan.

Jika tahun lalu tumpuan diberikan kepada pengagihan makanan secara umum, edisi 2026 memperluaskan jangkauannya menerusi aktiviti lapangan khas di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pasukan Subway turun padang sendiri bagi mengagihkan beg hidangan "Rayakan Bersama" sebagai simbol terima kasih yang tulus buat para wira kesihatan negara.

SAYS.com
Image via Subway

Setiap beg hidangan yang diagihkan telah disusun rapi, mengandungi:

  • Satu sandwic enam inci Subway.
  • Biskut (cookie) ikonik Subway bersaiz satu kaki.
  • Minuman segar.
  • Nota Peribadi: Pesanan ringkas yang membawa mesej penghargaan buat setiap petugas.

Inisiatif ini bukan sekadar tentang pemberian makanan, malah ia mewujudkan detik bermakna apabila kakitangan Subway berinteraksi secara langsung dengan para petugas, sekaligus menyemarakkan semangat kebersamaan dan keceriaan di koridor hospital.

Komitmen berterusan terhadap impak sosial

Pengarah Pemasaran Subway Malaysia, Evelyn Lee, menyatakan bahawa melihat impak positif di lapangan menguatkan lagi azam syarikat untuk meneruskan agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.

"Melalui 'Rayakan Bersama', kami ingin meraikan individu yang tetap bertugas demi komuniti ketika orang lain sedang menyambut perayaan. Walau sekecil mana pun tanda penghargaan ini, kami percaya ia mampu mewujudkan hubungan yang berkekalan," ujar beliau.

SAYS.com

Pengarah Pemasaran Subway Malaysia, Evelyn Lee (kanan) menyampaikan beg hidangan "Rayakan Bersama" sebagai simbol terima kasih yang tulus buat para wira kesihatan negara.

Image via Subway

Memasuki tahun kedua penganjurannya, Subway Malaysia akan terus memperluaskan capaian kempen ini dengan berkongsi kisah-kisah inspirasi wira seharian ini di platform digital mereka. Ini bagi memastikan pengorbanan barisan hadapan terus diiktiraf oleh masyarakat luas walaupun selepas musim perayaan berakhir.

Langkah ini memperkukuh peranan Subway Malaysia sebagai jenama yang bukan sahaja mementingkan kualiti hidangan, malah sangat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: