Suami ‘Tidur Mati’ Penat Jaga Anak, Isteri Terpaksa Panggil Bomba Untuk Masuk Rumah

Penat sangat tu bang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @amiraroseli_ (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gara-gara suami tidur lena sehingga tidak sedar, isteri terpaksa menelefon bomba untuk meminta bantuan

Menerusi video di akaun TikTok @amiraroseli_, wanita itu berkongsi situasi di Pulau Pinang selepas dia gagal memasuki rumahnya.

Wanita berkenaan telah mencuba menghubungi suami dan anak-anaknya di rumah, namun tiada sebarang respon.

Risau akan keselamatan mereka, wanita tersebut kemudiannya menelefon pihak bomba untuk membolehkan dia dapat memasuki rumah.

Tak sangka rupa-rupanya suami lena tidur

Namun, sebaik sahaja dia masuk ke dalam, dia mendapati rupa-rupanya suaminya sedang tidur lena bersama-sama dengan tiga lagi anak mereka.

Wanita itu turut menjelaskan mereka memang mempunyai kunci rumah seorang satu, tetapi pada hari kejadian si suami telah datang ke pejabat untuk mengambil kunci rumah.

"Ada je kunci, nak dijadikan cerita sebelum dia amik anak-anak jaga dia datang dekat office saya amik kereta dan kunci rumah sebab nak kena amik anak-anak dekat rumah kakak saya yang jagakan anak-anak pagi sebab cuti sekolah," katanya.

Dalam pada itu, netizen juga berseloroh agar sepatutnya dia memanggil tukang kunci mengenai kejadian tersebut.

Tetapi, dia memberitahu kawasannya itu tiada tukang kunci berdekatan melainkan balai bomba.

Lihat video di bawah:

@amiraroseli_

dari pagi sampi petang berjaga, petang tidur kan 3 hero sekali babanya tido. mcm2 cara dh buat tp bapak dan anak sorang pon xbagun. tak ada pilihan mintak tolong bomba dtg potong kunci besi

original sound – Mamyra

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: