Lakukan Inisiatif Baru, Stesen Radio Media Prima ‘Rebrand’ Menjadi Media Prima Audio

Strim semua stesen radio kegemaran hanya menggunakan satu aplikasi saja!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Media Prima Audio
Logo

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar kepada Media Prima Audio (MPA) sempena penjenamaan semula

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Encik Nazri Noran telah melancarkan startegi baru termasuk penjenamaan semula semua stesen radio MPA. 

Perkara ini termasuk perubahan kandungan serta barisan penyampai. Stesen radio iaitu Hot FM dan FLY FM masih mengekalkan nama yang sama tetapi kandungan serta penyampainya adalah berbeza. Manakala dua stesen radio lagi yang dikenali sebagai One FM dan Kool FM telah digantikan dengan 8FM dan Buletin FM.

"Penjenamaan semula secara holistik ini pertama kali dilakukan oleh Media Prima Audio selepas 15 tahun beroperasi. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai stesen radio terkemuka di negara ini."

Stesen radio telah mendapat nafas baru mulai hari ini

Bukan setakat itu, Media Prima Audio juga turut  memperkenalkan jenama aplikasi mudah alih yang baru iaitu Audio+, aplikasi baru yang menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan pelbagai kandungan radio, digital dan sosial. Antaranya adalah siaran radio secara langsung, podcast, video dan banyak lagi. 

Siaran on-air telah dimulakan pada hari ini dengan barisan penyampai dan logo serta jenama yang baru. Diyakini perubahan positif ini dapat memberikan manfaat kepada syarikat.

Aplikasi yang lebih mudah ini boleh dimuat turun menerusi Google Play, App Store dan Huawei AppGallery.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: