Myvi Suka Buat Hal Dan 11 Lagi Stereotaip Pemandu Myvi Yang Ramai ‘Confess’ Dan Sakit Hati

#myvi4life #stayhumble

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Myvi oh Myvi…

Image via OH AWAN

Selain mengungguli carta sebagai kenderaan paling laris dijual di pasaran tempatan untuk 10 tahun berturut-turut, Myvi turut unggul dalam kategori 'Lagak ngeri di jalan raya Malaysia'.

Ramai menganggap kereta Myvi ini adalah yang paling berpengaruh, paling laju, paling *power*, paling hebat, dan tak akan kena buli bila dibawa ke mana-mana. Senang kata, Myvi adalah '*King of the road'*.

Buktinya? Boleh tengok beberapa contoh di bawah:

Image via OH AWAN

Image via OH AWAN

Dan lagi…

Image via

Image via kereta.info

Image via

Macam-macam lagi *troll* atau bahan jenaka terhadap Myvi yang ada di Internet. Tapi cukuplah kami letak 6 ini sahaja. Hehe.

Apa pula pendapat orang ramai terhadap Myvi? Ini respon mereka:

1. Kereta lain aku ok lagi tapi kalau Myvi memang aku pantang

"Contohnya bila ada kereta tengah cucuk aku kat belakang, aku selalu akan cakap, 'Eshh kereta ni nak cucuk aku pulak.' Tapi bila Myvi, aku automatik akan cakap, 'Eshh Myvi ni!' Haha. Serius weh otak aku memang dah *set* macam tu. Tak boleh nak ubah dah." – **Tasha**

Image via

2. Myvi = Lamborghini, dari jauh dah bagi high beam kat lane kanan

"Myvi selalu berdesup potong kereta aku. Aku rasa aku bawak laju dah. Tapi itu ok lagi. Ada kawan aku sorang ni bawak Honda Civic, kat highway dah bawak 130 km/j. Tiba-tiba 2 km dari belakang ada Myvi dah bagi *high beam* nak potong." – **Nazri**

Image via kereta.info

3. Hari-hari drive mesti akan ada Myvi buat hal

"*You can't drive for one day without encountering at least a single reckless Myvi driver*. Aku berani cakap 70% *driver* yang selalu buat hal mesti bawak kereta Myvi. Diorang ni macam budak-budak yang bawak kereta langgar kat *fun fair* tu. Tekan minyak sampai ke lantai!" – **Zack**

Image via Forum Lowyat

4. Aku cedera masuk hospital disebabkan Myvi

"Budak yang langgar aku sampai aku mengalami kecederaan teruk adalah pemandu yang bawak kereta Myvi. Aku *accident* macam nak mati weh. Sekarang dah jadi 'Iron Man' sebab kena *operate* masuk besi. Haihh. *Then* baru-baru ni kereta Myvi jugaklah yang hampir menyebabkan aku *accident* buat kali kedua dan orang lain pun boleh tercedera." – **Naim**

5. Yang drive Myvi ni ramai budak baru dapat lesen

"A.k.a budak baru nak *up* yang mak ayah belikan kereta. *So*, *mentality of driving* memang A+. Diorang ingat diorang bawak Lamborghini ke nak *beam* sana *beam* sini? Ini termasuklah gadis-gadis yang acah-acah bawak Myvi macam bawak *sportscar*." – **Anwar**

Image via Forum Lowyat

6. Even aku sendiri yang bawak Myvi ni pun selalu gaduh dengan Myvi

"Aku tak tahulah apa masalah diorang ni. Tapi nak kutuk lebih-lebih tak boleh jugak sebab aku sendiri pun bawak Myvi. *So* redha jelah." – **Liyana**

7. Beli Myvi lepas tu upgrade beribu-ribu acah-acah kereta racing

"Mungkin *most of them* yang bawak Myvi ni baru mula kerja tapi minat dalam sukan permotoran. Cuma dia ingat Myvi dia paling *power*. Jadi diorang pun bikin Myvi diorang *full tinted* gelap, pasang *sticker* Wi-fi, 'No food No pet No brain' penuh kat tingkap siap dengan nombor keahlian kat cermin belakang. Lepas tu malam bila *drive* pasang *fog lights* je. Aku tak tahu nak cakap apa dah." – **Rizman**

Image via Galeri Kereta

8. Diorang suka sangat tukar fog lights sampai silau

"*Every weekend* guna LPT, lampu kereta Myvi lah yang paling silau menyuluh sampai pucuk pokok. *Most of them* suka sangat *modify* kereta diorang *especially their fog lights*. *They are too bright my eyes can't bear it*. Memang bahaya untuk pengguna jalan raya lain. Tak *considerate* langsung diorang ni. Tapi tak semua lah. Ada je yang bawak Myvi tapi berhemah." – **Nora**

Image via Car Domain

9. Memang sakit hati!

"Memang sakit hati bila tengok kereta Myvi sebab *drive* macam apa je. Dia ingat kereta dia paling laju, paling *power*, lagi lagi bila kat *highway*. Diorang ni seboleh-boleh nak *stay* kat *lane* kanan SAHAJA. Walaupun nak masuk *lane* kiri tetap laju kat kanan, lepas tu dah dekat baru la kelam kabut nak masuk kiri. Cari gaduh betul." – **Rosie**

Image via Viral Media

10. I suspect some Myvi owners have modern-day Napoleon complex

"*Some of them have 'I am a small car but you don't mess with me' mentality. And that is a problem.*" – **Jenna**

11. Kita nampak kesalahan Myvi sebab diorang majoriti

Diorang ni majoriti. Mungkin sebab tu kita banyak nampak kesalahan diorang. Tapi aku tetap tak nafikan sebab banyak jugak kejadian yang kena kat aku melibatkan Myvi ni. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Haha. Kesian diorang." – **Amirah**

12. Myvi drivers tak salah. Yang salah ialah Malaysian drivers.

"Dulu pernah baca statistik kereta Myvi paling banyak orang malaysia pakai. Jadi sebab tu lah ramai orang nampak kesalahan Myvi je. *But the truth is* banyak je lagi *driver* kereta lain yang lagi teruk. Cuma skala dia kecik sebab kuantiti dia tak banyak macam Myvi. Contohnya aku. Walaupun aku tak pakai Myvi tapi aku mengaku *most of the time* aku lagi *reckless* daripada Myvi *drivers*. Lol." – **Lokman**

Image via

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Stereotaip-stereotaip macam ni memang susah nak elak, kan?