SPRM Perkenal Avatar AI ‘SARA’ Pengawai Maya Pertama Sempena Kempen ‘Saya Antirasuah’
'SARA' adalah singkatan kepada 'Saya Antirasuah'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperkenalkan avatar pegawai maya pertamanya yang dibangun menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dikenali sebagai 'SARA'
Menerusi kenyataan daripada SPRM di laman webnya, ia merupakan usaha SPRM dalam memperkasakan publisiti dan mempromosikan mesej antirasuah di platform media sosial selaras dengan arus kemajuan teknologi semasa.
Difahamkan, SARA, singkatan kepada "Saya Antirasuah" diperkenalkan menerusi tayangan montaj ketika majlis Anugerah Media SPRM Kali Ke-5 Tahun 2024 yang diadakan di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Image via Buletin TV3
'SARA' turut menjadi simbolik penghargaan SPRM kepada pengamal media
Dalam pada itu, tayangan montaj tersebut dipertontonkan adalah sebagai simbolik penghargaan SPRM kepada para karyawan media.
Ia sekali gus telah mencerminkan komitmen berterusan SPRM dalam memberikan sokongan terhadap usaha berterusan penggiat media menyebarkan mesej integriti dan antirasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki dalam ucapannya menyeru pengamal media mengekalkan prinsip kewartawanan beretika, mengutamakan fakta, menolak spekulasi dan meneliti sumber sebelum menerbitkan laporan.
"Dalam dunia digital yang pantas dan tidak menentu ini, berita palsu boleh mencemarkan imej institusi, melemahkan keyakinan rakyat serta menggagalkan usaha pembaharuan," katanya.
Image via SPRM
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 