Spotify Premium Naik Harga, Ramai Bengang & Nak ‘Unsubscribe’ Untuk Langgan Platform Lain
Marilah kembali kepada format muzik fizikal!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi siapa yang melanggan perkhidmatan platform muzik Spotify, pasti anda akan mendapat sebuah emel pemberitahuan berkenaan kenaikan harga
Perkara ini telah menimbulkan ketidakpuashatian ramai apabila muncul ramai pengguna Spotify di laman sosial meluahkan rasa terkejut akan kenaikan harga ini.
Menerusi tinjaun di laman sosial X, rata-ratanya marah dan meluahkan bercadang untuk menukar platfrom susulan kenaikan harga itu.
Lihat antara luahan netizen di bawah:


Bagi sesiapa yang melanggan pelan individu akan menerima kenaikan harga sebanyak RM1.60
Dengan kenaikan ini beberapa pelan dilihat mengalami kesan ketaranya iaitu pelan keluarga dan pelan duo dengan masing masing menerima kenaikan sebanyak RM3.
Berikut adalah perbandingan harga lama dengan harga terkini semua pelan di Spotify:
- Individu – RM15.90 kepada RM17.50 (+RM1.60)
- Pelajar – RM8.50 kepada RM9.50 (+RM1)
- Keluarga – RM24.90 kepada RM27.90 (+RM3)
- Duo – RM21.50 kepada RM24.50 (+RM3)



Cover image via 