Speaker Dewan Rakyat Jelaskan Kenapa Gaji Wakil Rakyat RM25,000 Tak Cukup
Difahamkan, peruntukan yang diberikan untuk ahli parlimen kerajaan tidak masuk ke akaun peribadi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata gaji RM25,000 tidak mencukupi untuk ahli parlimen (MP)
Bercakap kepada BFM awal bulan ini, Johari menjelaskan bahawa gaji pokok seorang ahli parlimen bukan eksekutif ialah kira-kira RM16,000 dengan bakinya terdiri daripada pelbagai elaun.
Menteri-menteri pula memperoleh kira-kira RM15,000 lagi menjadikan jumlah gaji mereka sekitar RM40,000.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah penuh itu dihulurkan untuk menampung pelbagai perbelanjaan profesional dan komuniti.
Sebagai bekas ahli parlimen selama 15 tahun, Johari berkata gaji itu perlu menampung kos pejabat, penyelidik, kakitangan pentadbiran, utiliti, dan bantuan untuk komuniti dan pengundi.
"Bunyinya besar. Saya sendiri 15 tahun menjadi ahli parlimen. Ia tidak mencukupi, sebenarnya. Nampak besar, tapi bila kira betul-betul ia tidak semestinya" jelasnya.

Johari berkongsi bahawa Ahli Parlimen sering didekati untuk mendapatkan bantuan kewangan semasa krisis peribadi, seperti perbelanjaan perubatan atau hospital
Menurutnya, bergantung kepada saiz kawasan pilihan raya, ramai orang akan beratur di pejabat Ahli Parlimen untuk mendapatkan bantuan. Mengimbas kembali perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani, beliau menegaskan bahawa kawasan itu mempunyai kira-kira setengah juta penduduk.
Ketika ditanya mengapa kes sebegitu tidak dialihkan kepada jabatan kebajikan, Johari berkata kebanyakan ahli Parlimen tidak akan berani menolak orang yang memerlukan.
"Adakah berani ke nak cakap macam itu? Anda sebagai MP yang diundi oleh rakyat. Memang tak sanggup, tak boleh.
"Ada kes orang datang bawa bayi, minta duit untuk beli susu formula, dua minggu lalu dia datang, lepas itu dia datang balik, tak mungkin saya nak kata tak boleh bagi duit pada orang yang bawa anak macam itu. Inilah masalah yang kita hadapi, inilah realiti hidup," katanya.

Menjawab peruntukan tahunan RM2 juta kawasan pilihan raya untuk ahli parlimen kerajaan, Johari menegaskan bahawa dana itu tidak masuk ke akaun peribadi mereka
Jelasnya, wang itu digunakan untuk infrastruktur dan projek kecil di kawasan masing-masing, seperti menaik taraf unit rawatan rapi (ICU) di hospital, membina jambatan, atau membiayai bantuan banjir.
"Ia diperuntukkan kepada anda tetapi bukan kepada akaun anda. Jadi, ia kedengaran besar (tetapi) sekali lagi, ia bukan wang anda.
"(Wang) anda mungkin kira-kira RM16,000. Dan sekali lagi, RM16,000 itu dikongsi ramai," katanya.
Lihat klip temu bual tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 