Sos Tiram Betul-Betul Ada Tiram Ke Dalamnya Atau Sekadar Perasa Je?
Tak terfikirlah pula :O
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sos tiram boleh disifatkan sebagai salah satu bahan masakan yang mampu menjadikan hidangan terasa lebih sedap
Daripada hidangan sayur-sayuran ringkas, masakan berlauk ayam mahupun daging, hinggalah masakan goreng pilihan anda.
Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya, sebenarnya adakah ada tiram sebenar di dalam sos yang selalu digunakan oleh mak-mak di dapur ni?
Jawapan ringkasnya adalah ya. Walau bagaimanapun ianya mungkin bukan seperti yang anda bayangkan.

Sos tiram tradisional diperbuat daripada tiram sebenar
Kaedah asal adalah melibatkan proses mereneh tiram di dalam air sehingga jusnya berkurangan menjadi sos pekat, gelap dan penuh rasa.
Kepekatan rasa umami itu datang terus daripada jus tiram pekat yang terhasil.

Tetapi kebanyakan versi moden tersedia di kedai dihasilkan dengan cara yang berbeza
Daripada menggunakan tiram sepenuhnya, kebanyakan jenama kini menggunakan ekstrak tiram.
Menurut Hot Thai Kitchen, ekstrak ini merupakan cecair pekat yang dihasilkan dengan cara memasak dan memproses tiram menjadi sup berperisa.
Ia kemudian dicampur dengan bahan-bahan seperti gula, garam, air, kicap soya dan tepung jagung, memberikan sos untuk memiliki konsistensi kepekatan.

Kebanyakan jenama di pasaran besar menggunakan ekstrak tiram dalam jumlah yang berbeza-beza, bergantung pada produk tersebut
Untuk versi premium, ia lebih cenderung menyenaraikan tiram sebagai bahan utama, manakala pilihan bajet mungkin menggunakan jumlah yang lebih kecil yang digabungkan dengan perisa dan perasa.
Sebagai contoh, Lee Kum Kee's Premium Oyster Sauce menggunakan ekstrak tiram bersama air, gula dan tepung jagung untuk membina rasa dan teksturnya.
Walaupun tiram masih menjadi sebahagian daripada bahan di dalam proses penghasilan, anda tidak mendapat sesuatu yang hampir dengan makanan laut sepenuhnya di dalam botol.

Sos tiram tidak terasa seperti tiram segar kerana proses penghasilannya telah mengubah ia menjadi sesuatu yang lain secara keseluruhan
Daripada rasa makanan laut, ia menghasilkan rasa manis yang mendalam yang dikenali sebagai umami, sebab itu ia berfungsi lebih seperti perasa yang menaikkan rasa hidangan dan bukannya memberi rasa hanyir atau masin.
Menurut Lee Kum Kee, salah sebuah pengeluar sos tiram yang terkenal, memaklumkan perasa ini secara tidak sengaja dicipta di Guangdong, China oleh pengasasnya Lee Kum Sheung.
Kisahnya mengatakan bahawa beliau telah terlebih memasak seperiuk sup tiram dari tempohnya, sekali gus membawa kepada penciptaan sos yang pekat dan berperisa berkenaan.
Pada tahun 1888, beliau mengasaskan Lee Kum Kee untuk menjual sos tiram dan jenama itu kekal sebagai salah satu jenama sos tiram yang paling dikenali hari ini.

Terdapat juga sos tiram khas untuk vegetarian juga boleh dimanfaatkan bagi individu yang mempunyai alergi makanan laut
Ia bermakna versi ini langsung tidak mengandungi tiram. Versi ini biasanya dibuat dengan cendawan, terutamanya shiitake untuk mencipta semula rasa umami yang sama tanpa sebarang kerang-kerangan.
Ia merupakan alternatif yang popular untuk vegetarian, vegan dan sesiapa sahaja yang mempunyai alahan makanan laut. Cuma, pastikan anda menyemak labelnya terlebih dahulu sebelum membeli.
Intinya ialah semua sos tiram biasa mengandungi beberapa bentuk bahan yang berasal dari tiram, tetapi jumlahnya boleh berbeza-beza bergantung pada jenama.
Sesetengahnya kaya dengan ekstrak tiram, manakala yang lain hanya menggunakan sedikit sahaja yang digabungkan dengan perisa dan perasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 