‘Dia Tarik Telekung Dan Rambut Saya Sampai Jatuh. Pertama Kali Saya Rasa Takut Nak Solat’
Zaman sekarang ni kat surau pun boleh bergaduh. Haihh.
Cover image via SAYS via Twitter @rabbykrabbySiapa sangka, rutin solat yang dilakukan setiap hari dengan aman damai di sebuah surau boleh bertukar menjadi satu mimpi ngeri
Pastinya tiada siapa pernah sangka. Macam mana tempat suci seperti surau boleh berlaku satu kejadian yang menakutkan? Bukankah semua orang pergi ke surau untuk beribadah dan menunaikan solat?
Memang itulah sepatutnya. Tetapi buat pertama kali, gadis ini melalui pengalaman yang amat berbeza sekali ketika berada di surau.
Seorang gadis melalui Twitter @rabbykrabby berkongsi satu pengalaman menakutkan ketika beliau ingin menunaikan solat di sebuah surau di Aeon Mall
Menurut [@rabbykrabby](https://twitter.com/rabbykrabby/status/825637700770291713) atau Arabella, detik itu terlalu menakutkan sehingga beliau terpaksa solat dalam keadaan menggigil dan menangis, semuanya gara-gara beberapa orang makcik yang bersifat *judgemental*.
Baca di bawah:
Image via Twitter @rabbykrabby
Image via Twitter @rabbykrabby
"Saya Melayu cik."
Image via Twitter @rabbykrabby
Image via Twitter @rabbykrabby
"Dia tarik telekung dan rambut saya sampai saya jatuh."
Image via Twitter @rabbykrabby
"Cik, kitorang datang nak solat je, bukan nak bergaduh."
Image via Twitter @rabbykrabby
"My hands were trembling."
Image via Twitter @rabbykrabby
Arabella tidak menyangka situasi sebegini wujud di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Pesan beliau, sekiranya anda berada dalam situasi yang sama, jangan hanya jadi penonton.
Image via Twitter @rabbykrabby
Selagi wujud golongan judgemental yang suka menghukum, selagi itulah masyarakat akan susah nak ke hadapan. Renung-renungkan. 🙂
Image via Assim Alhakeem

