Sokong Agenda KPM, Farm Fresh Agih 150,000 Pek Susu Percuma & Smartboard Buat Murid Prasekolah
Farm Fresh menyumbangkan unit Smartboard bernilai keseluruhan RM210,000 kepada 28 buah prasekolah terpilih di 10 buah negeri.
Cover image via Farm Fresh Milk Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Farm Fresh Berhad melakar sejarah baharu dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat apabila buat julung kalinya memfokuskan bantuan kepada peringkat prasekolah melalui sumbangan teknologi Smartboard dan agihan susu percuma di seluruh negara
Majlis Serahan Smartboard Prasekolah dan Flag Off Susu UHT Farm Fresh GROW ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal.
Memasuki tahun kedua pelaksanaannya, Farm Fresh menyumbangkan unit Smartboard bernilai keseluruhan RM210,000 kepada 28 buah prasekolah terpilih di 10 buah negeri. Menariknya, bagi edisi 2026, Pulau Pinang menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak 10 unit, manakala dua unit diagihkan bagi setiap negeri yang lain.
Sekolah-sekolah penerima yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut dibekalkan dengan latihan teknikal bagi memastikan penggunaan alat digital tersebut dimanfaatkan secara optimum dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Inisiatif 'Nutrisi Untukmu': 150,000 pek susu percuma
Selain pemerkasaan digital, Farm Fresh turut memandang serius isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak. Melalui program "Nutrisi Untukmu", sebanyak 150,000 pek susu UHT Farm Fresh GROW (bersamaan satu kontena) bernilai RM250,000 disumbangkan kepada murid prasekolah di seluruh Pulau Pinang.
Susu Farm Fresh GROW dirumus khas tanpa maltodekstrin, kalsium karbonat, atau minyak sayuran. Ia diperkaya dengan 22 jenis vitamin, DHA (daripada alga), dan serat Inulin untuk menyokong perkembangan fizikal serta penghadaman kanak-kanak prasekolah sebagai persediaan sebelum melangkah ke Tahun 1.
Sebagai pembekal rasmi Program Susu Sekolah (2025-2029) bagi 10 buah negeri di Semenanjung Malaysia, Farm Fresh komited memenuhi obligasi sosialnya melalui pelbagai program tambahan seperti:
- Kelas Tuisyen Bijak Mengira.
- Program School to Farm.
- Pertandingan Susu Subsidi Kebangsaan.
- Program Multidimensi Plus.

"Syarikat percaya pemerkasaan nutrisi dan pendidikan terbaik perlu bermula dari peringkat akar umbi. Kerjasama erat sektor awam dan swasta ini diyakini mampu meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah agar lebih menarik dan interaktif," jelas kenyataan tersebut.
Inisiatif ini turut mendapat sokongan rakan strategik, Tetra Pak Malaysia, yang membantu dalam aspek kelestarian melalui kempen kitar semula kotak susu sekolah. Farm Fresh juga berhasrat untuk menarik lebih banyak penyertaan pihak swasta dan NGO bagi memperluaskan pembukaan pusat-pusat Multidimensi di seluruh negara demi manfaat murid sekolah secara menyeluruh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



