Soh Wai Ching Pecah Rekod Dunia, Catat Jarak Sejauh 4 Kali Panjat KLCC Dalam Masa 1 Jam

Pelari menara negara itu turut berjaya memecah 4 rekod Malaysia dalam percubaan yang sama.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelari menara negara, Soh Wai Ching berjaya catat rekod dunia dalam kategori jarak simulasi pendakian terjauh menggunakan mesin tangga dalam masa satu jam

Menerusi perkongsiannya di Facebook, atlet itu memaklumkan rekod yang telah diraih adalah sepanjang 1.788km hanya dalam masa satu jam.

"Sukar tetapi saya berjaya mengharunginya! Terima kasih! Terima kasih atas semua sorakan!

"Anda tidak dapat melihatnya apabila kami lakukannya dalam pertandingan mendaki indoor, di sini anda boleh melihat betapa sukarnya ia!

"Mencabar minda, tanpa henti selama satu jam. Memang sukar. Masih tidak percaya bahawa saya berjaya mengharunginya, saya berjaya melakukannya!" katanya.

Soh Wai Ching turut berjaya memecah 4 rekod Malaysia Book of Records iaitu:

  • Fastest Time to Climb the Height of PETRONAS Twin Towers on a Stair Climb Machine (451.9m)
  • Fastest Time to Climb the Height of Merdeka 118 on a Stair Machine (678.9m)
  • Fastest Vertical Kilometer Climb on a Stair Machine
  • Longest Vertical Climb Distance on a Stair Machine in One Hour

Berjaya mendaki jarak yang sama dengan empat kali mendaki Menara Berkembar PETRONAS

Difahamkan, rekod dunia sebelum ini dipegang oleh David Mahoney dari United Kingdom dengan jarak 1.748 km dalam kategori yang sama.

Rekod yang dipegang Soh Wai Ching, 1.788 km dapat digambarkan ibarat mendaki Menara Berkembar PETRONAS sebanyak empat kali selama satu jam.

Rekod ini turut sama seperti mendaki sebanyak empat kali Menara Empire State, dua kali Menara Burj Khalifa dan 2.5 kali Menara Merdeka 118.

SAYS.com
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: