SME Venture@ASEAN 2025: 10 PKS Malaysia Bakal Tembusi Pasaran Korea Selatan Disember Ini

Korea adalah pasaran ke enam yang dipilih SMECorp selepas Amerika Syarikat, China, Thailand, Jepun dan Indonesia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia bakal menembusi pasaran Korea Selatan menjelang Disember ini menerusi Program Pengukuhan Eksport PKS–Inisiatif Mentor Eksport (ME) yang dikendalikan oleh SME Corp Malaysia dengan potensi transaksi awal dianggarkan mencecah jutaan ringgit

Pengarah Projek dan Perunding (Malaysia–Korea Selatan), Mumtaz Jaya Sdn. Bhd, Nurul Farhana Abdullah berkata, inisiatif yang dijalankan oleh SME Corp sejak dua tahun lalu di lima buah negara itu menawarkan 'jalan pintas' kepada usahawan tempatan untuk memulakan eksport ke luar negara.

"Korea adalah pasaran ke enam yang dipilih SMECorp selepas Amerika Syarikat, China, Thailand, Jepun dan Indonesia.

"Untuk pasaran Korea ini, Mumtaz Jaya dilantik sebagai syarikat perunding pasaran yang bertanggunjawab menilai produk-produk yang memenuhi syarat dan berpotensi di negara itu,"
katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Fotografi Rasmi bagi inisiatif Mentor Eksport-Pasaran Korea Selatan sempena expo SME Venture@ASEAN 2025 yang berlangsung selama tiga hari di MITEC, baru-baru ini.

SAYS.com
Image via SME Corp. Malaysia (Facebook)

Para usahawan dibantu melalui latihan dan bimbingan menerusi inisiatif G2G (Malaysia-Korea)

Menurut Nurul Farhana, menerusi inisiatif itu mereka akan didedahkan mengenai peraturan, piawaian, kehendak pasaran dan kaedah pemasaran yang diperlukan di Korea.

Sebagai syarikat yang telah membuktikan kejayaan melalui inisiatif seumpama itu, beliau berkeyakinan bahawa program itu mampu mempercepatkan proses eksport syarikat tempatan ke pasaran antarabangsa melalui bimbingan intensif dan rangkaian mentor berpengalaman.

"Program ini membantu PKS menyesuaikan diri dengan lebih cepat dalam memenuhi pelbagai syarat eksport yang ketat di negara pengimport, khususnya Korea Selatan,"
katanya.

SAYS.com

MoU antara BCMJ Global Co Ltd, bersama universiti penyelidikan halal, pengeluar makanan dan kosmetik, pemilik pasar raya serta pemain industri platform digital Korea Selatan sempena program K-Halal Festa 2025 yang berlangsung pada 30 Ogos lalu.

Image via SME Corp. Malaysia (Facebook)

Beliau menambah, proses eksport lazimnya memakan masa panjang kerana perlu memenuhi pelbagai piawaian antarabangsa, namun melalui inisiatif mentor itu, PKS akan bersedia dengan lebih pantas dan berdaya saing untuk menembusi pasaran global.

"Antara syarat utama ialah syarikat mesti memiliki sekurang-kurangnya pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) serta digalakkan mempunyai Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) atau ISO 22000, di samping berdaftar dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)," katanya.

Mengulas lanjut, Nurul Farhana berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti beberapa syarikat yang akan menyertai program itu dengan memasarkan produk seperti minuman, kopi, sardin, sambal dan mee segera.

"Di Korea Selatan, produk-produk dari Malaysia akan dipasarkan oleh BCMJ Global Sdn Bhd, selaku pengimport berpengkalan di Seoul yang akan menempatkan produk Malaysia melalui 'vending machine' jenama Kaja Mumtaz," katanya.

"Malaysia dikenali di Korea sebagai pembekal bahan mentah makanan yang kaya dengan aneka rasa. Dengan bimbingan SME Corp dan menerusi kerjasama dengan BCMJ, kami yakin produk Malaysia akan diterima baik di sana,"
ujarnya.

Para usahawan kongsi menerima pelbagai manfaat menerusi bantuan dan bimbingan oleh SMECorp

Pengasas minuman jenama Oli, Fara Jasseica Mohd Rashid, bantuan yang diberikan SMECorp melalui hubungan yang terjalin banyak membantu syarikatnya menembusi pasaran eksport khususnya melalui bimbingan pematuhan syarat dan peraturan di sesebuah negara.

Beliau yang merupakan Pengurus Besar MIWA Manufacturing Sdn Bhd berkata, selepas sekian lama bersaing dalam pasaran tempatan, syarikatnya kini mampu berdiri di rak-rak pasaraya di Amerika Syarikat dan Papua New Guinea.

"Kami bermula seawal 2010, ketika itu masih tidak menggunakan nama Oli. Pada 2019 kami mula mengeluarkan produk minuman jeli (Oli) di bawah jenama Miwa.

"Sekarang kami tidak sabar untuk masuk ke pasaran ketiga kami iaitu Korea Selatan melalui program ini,"
katanya yang memulakan perniagaan produk minuman selepas terinspirasi dengan kepelbagaian produk minuman ketika melancong di luar negara.

Tambah Fara Jasseica, berbanding dengan produk lain, minuman Oli yang terjual kira-kira setengah juta pek setiap bulan di negara ini mempunyai kekuatan sendiri kerana memilih kumpulan sasaran tersendiri iaitu kanak-kanak dan remaja.

SAYS.com

Nurul Farhana Abdullah (kiri) bersama pegawai dari SMECorp dan usahawan yang hadir pada sesi bergambar bagi inisiatif Mentor Eksport-Pasaran Korea Selatan sempena expo SME Venture@ASEAN 2025 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Image via SME Corp. Malaysia (Facebook)

Bagi Pengasas Hijrah Nature Herbs, Mohamad M. Said, syarikatnya kini berjaya menembusi pasaran di enam buah negara antaranya China, Nigeria, Arab Saudi, Hong Kong dan terbaharu Korea Selatan.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil usaha berterusan selama 18 tahun dalam industri makanan, minuman, kesihatan dan kecantikan, selain sokongan pelbagai agensi kerajaan terutama SME Corp Malaysia dan Mumtaz Jaya yang banyak membantu dari segi fasilitasi eksport serta peningkatan kapasiti pengeluaran.

"Dengan bantuan mesin baharu yang disediakan melalui program kerajaan, kami kini mampu meningkatkan kekerapan eksport kepada dua bulan sekali ke setiap pasaran luar negara.

"Kini syarikat kami mempunyai 23 jenis produk dalam segmen makanan dan minuman, kecantikan dan kesihatan serta penjagaan kebersihan diri,"
katanya yang mengeluarkan produk seperti ubat gigi, probiotik, kopi, teh dan minuman berperisa di kilang di Tangkak, Johor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: