Skype Akhirnya Tamatkan Perkhidmatan & Secara Rasminya Tutup Selepas 22 Tahun

Selamat tinggal Skype, terima kasih untuk segalanya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & BBC
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi antara pelopor bagi medium komunikasi moden melalui internet, Skype akhirnya mengumumkan penutupannya selepas hampir 22 tahun

Menerusi laporan Harian Metro, Skype secara rasminya ditutup semalam selepas popularitinya semakin pudar berbanding medium komunikasi yang lebih menjadi pilihan ramai seperti Zoom, WhatsApp dan Microsoft.

Skype telah mencapai era kemuncaknya pada pertengahan tahun 2010 setelah mencapai lebih 300 juta pengguna bulanan pada waktu itu.

Setahun selepas itu, Microsoft bertindak membeli Skype dengan harga AS$8.5 bilion (RM36 bilion) untuk menjadikannya sebagai bahagian strategi komunikasinya.

Ditutup bagi menyelaras semula perkhidmatan

Menurut Microsoft, penutupan Skype akan mengalihkan penggunanya untuk menggunakan Microsoft Teams bagi tujuan penyelarasan perkhidmatan.

Walaupun penutupan platform itu akan memberi kesan kepada pengguna percuma dan berbayar, Skype for Business masih akan diteruskan buat sementara waktu.

Dengan ciri yang disediakan Microsoft seperti 'Start using Teams', semua mesej dan senarai dalam kenalan Skype boleh diakses melalui 'Teams' menggunakan log masuk yang sama.

Pengguna mempunyai masa sehingga Januari 2026 untuk memuat turun atau memindahkan data mereka sebelum pemadaman kekal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: