Skandal 1MDB, Riza Aziz Dan ‘Malaysian Official 1’ Dalam 10 Point Paling Penting
Laporan terbaru dari USA bongkar segala-galanya secara teliti.
Cover image via traj.net1. Sebanyak AS$3.5 bilion (RM14.12 bilion) duit rakyat Malaysia telah 'dicuri'
Image via www.sentiasapanas.com
2. Tiga lagi pegawai 1MDB didapati terlibat
3. Nama Riza Aziz disebut berkali-kali sebagai salah seorang dalang di sebalik 'kecurian'
Laporan itu menyebut Riza Aziz merupakan salah seorang yang terlibat dalam pengalihan wang daripada 1MDB.
Wang yang diperoleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills – di mana ketiga-tiganya didiami oleh Riza Aziz – serta menghasilkan filem blokbuster Hollywood.
Sedia maklum bahawa Riza Aziz adalah anak tiri Najib.
4. Riza Aziz mempunyai hubungan kekeluargaan dengan 'Malaysian Official 1', yang juga dikaitkan dalam skandal ini
'Malaysian Official 1' bagaimanapun tidak dinamakan. Menurut laporan, individu ini memainkan peranan penting dalam mengarahkan aktiviti 1MDB. Jabatan Keadilan juga merujuk kepada 'Malaysian Official 1' sebanyak 32 kali dalam laporan.
Jadi, siapakah 'Malaysian Official 1'?
Image via twitter.com
5. Sebahagian wang digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas dan menganjurkan parti mewah
Jho Low didakwa mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas pada 2012 untuk berjudi bersama beberapa individu.
Mereka termasuk Riza Aziz, Christopher 'Joey' McFarland; seorang pelakon utama filem 'The Wolf of Wall Street', dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.
Selain itu, wang turut dibelanjakan bagi membeli pegangan dalam EMI Music Publishing, membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan membeli lukisan Claude Monet.
Jho Low (kiri), Riza Aziz bersama barisan pelakon filem 'Wolf of Wall Street'.
Image via www.sarawakreport.org
6. Wang derma yang didakwa diterima dari putera Arab Saudi sebelum ini sebenarnya merupakan dana 1MDB
Mereka mendakwa 'Malaysian Official 1' menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Aliran wang tersebut dikatakan mempunyai banyak "cut-outs", salah satunya melalui putera Arab Saudi, yang kemudiannya dihantar kepada Najib.
Pembongkaran ini sedikit sebanyak menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini bahawa wang itu merupakan derma dari seorang putera Arab Saudi.
Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, wang itu sebenarnya berpunca daripada 1MDB.
Image via wargamarhaen.blogspot.com
7. Terdapat tiga fasa pemindahan wang:
a. Good Star (AS$1 bilion)
b. Aabar BVI (AS$1.367 bilion)
c. Tanore (AS$1.26 bilion)
Image via www.sarawakreport.org
Image via www.freemalaysiatoday.com
Image via www.malaysia-chronicle.com
8. Ini baru permulaan
Kerajaan AS akan meneruskan siasatan jenayah 1MDB. Individu-individu penting, bermula dengan Riza Aziz dan Jho Low akan diberi lebih perhatian. Buat masa ini, 'Malaysian Official 1' dilihat sebagai dalang utama dalam konspirasi ini.
Image via www.aljazeera.com
9. Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan
"Setakat ini, tiada sebarang dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu atas kesalahan menyalahgunakan dana 1MDB.
"Pihak Pejabat Peguam Negara mengalu-alukan permohonan itu kerana ia sejajar dengan komitmen dalam kerjasama serta kolaborasi antarabangsa untuk memerangi rasuah serta kegiatan pengubahan wang haram.
"Hingga hari ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Oleh itu, sebarang kenyataan serta maklumat berhubung perkara berkenaan adalah tidak wajar kerana akan menjejaskan siasatan," kata Apandi.
10. "Tak wajar buat apa-apa kesimpulan sehingga proses itu selesai," kata Najib
Image via time.com

