SK Jalan Semenyih 2 Bertukar ‘Zoo Mini’, Rai Hari Lahir Murid Pendidikan Khas Dengan Pendekatan Petting Zoo

Bagusnya inisiatif sekolah buat macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Semenyih 2 mengambil inisiatif menukar kawasan sekolah menjadi seakan-akan sebuah zoo mini melalui penganjuran Program Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Menerusi laporan Sinar Bestari, dengan bertemakan konsep petting zoo, program tahunan tersebut menjadi antara aktiviti paling dinanti warga sekolah kerana menampilkan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, khususnya untuk murid berkeperluan khas.

Difahamkan, seramai 84 murid PPKI diraikan dalam program tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap perkembangan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang tahun persekolahan.

Menurut guru yang terlibat, tema petting zoo dipilih untuk memberi ruang kepada murid berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan jinak dalam suasana yang selamat dan terkawal. Ia sekali gus membantu:

  • merangsang deria
  • membina keyakinan
  • menyemai empati
  • menyokong keperluan perkembangan murid yang berbeza
SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Bagi sebahagian murid, inilah peluang mereka melihat haiwan secara dekat, khususnya untuk haiwan eksotik

Program itu membawa masuk pelbagai spesies termasuk ular sawa, iguana, burung kakak tua, arnab, ayam serama dan haiwan kecil lain.

Antara aktiviti utama yang menarik perhatian murid ialah sesi sentuhan haiwan melibatkan arnab, kura-kura, kucing jinak dan ayam hiasan.

Murid turut didedahkan dengan ilmu mengenai jenis haiwan, makanan serta habitatnya menerusi penerokaan mini zoo yang disediakan khas untuk mereka.

Turut diadakan ialah permainan interaktif bertema haiwan bagi merangsang kemahiran motor halus dan kasar yang selaras dengan objektif pendidikan khas.

Program dikuatkan dengan sokongan komuniti & pihak luar

Penganjuran petting zoo itu turut menerima bantuan dan tajaan daripada pihak luar, merangkumi sumbangan makanan, hiasan dan peralatan bagi memastikan kelancaran program dari awal hingga akhir.

Kemuncak majlis pastinya saat murid menikmati jamuan akhir tahun sebelum diteruskan dengan acara pemotongan kek hari lahir serta penyampaian sijil penghargaan sebagai motivasi memasuki sesi persekolahan baharu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: