Situasi US & China Makin Tegang, Pembekal Mula Exposed Barangan Mewah US Dibuat Di China

Video itu mendakwa kebanyakan barangan mewah dari Eropah sebenarnya dihasilkan di kilang-kilang di China.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hubungan antara dua negara yang memegang kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat dan China kini semakin tegang

Ia susulan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan kadar tarif baharu ke atas import daripada kebanyakan rakan dagang Amerika Syarikat.

Malah, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.

Presiden AS itu menaikkan tarif yang dikenakan ke atas import dari China kepada 125 peratus "berkuat-kuasa serta-merta".

Pembekal dedah kebanyakan barangan mewah daripada Amerika diperbuat di China

Menerusi video TikTok @senbags, seorang lelaki yang merupakan pengilang beg tangan jenama mewah Hermes telah berkongsi harga kos pembuatan beg tersebut.

Seperti yang ramai tahu, beg Birkin terkenal dengan jumlah yang terhad dan harga yang menjangkau jutaan ringgit Malaysia mengejutkan ramai apabila harga kosnya hanya sekitar $1400 USD bersamaan lebih kurang RM6,500.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan kos semua bahan untuk satu beg mewah tersebut. Ia tetap tidak mencecah 10% daripada harga jualan runcitnya. Selainnya adalah dijual atas 'jenama' beg tersebut.

Difahamkan, kebanyakan barangan mewah yang lain dari Eropah juga sebenarnya dihasilkan di kilang-kilang di China. Malah, ia hanya dibungkus semula di Eropah untuk dijual pada harga yang jauh berbeza dan mahal.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: