Siti Khadijah Perkenal Koleksi Ramadan & Raya 2026, Papar Keindahan ‘MUSHAFE’ Warisan Darul Iman

Pelancaran koleksi MUSHAFE, kempen 'JEDA' dan pengenalan Amyra Rosli serta Amar Baharin sebagai Duta Keluarga 2026 jadi tumpuan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Siti Khadijah
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama telekung premium dan busana ibadah terkemuka, Siti Khadijah (SK), secara rasminya mengumumkan kolaborasi strategik bersama TV AlHijrah sempena Konvensyen Hijrah Bergema 2025 baru-baru ini

Acara yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini menjadi platform utama bagi SK memperkenalkan rangkaian koleksi Ramadan dan Raya bagi tahun 2026.

Konvensyen tersebut yang sarat dengan pengisian kerohanian, ceramah motivasi, dan bengkel solat, turut menjadi saksi kepada pelancaran koleksi terbaharu yang dinantikan peminat jenama berkenaan.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin (kiri) dan Ketua Jenama Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Mukhlis Aminuddin (kanan).

Image via Siti Khadijah

Dalam pada itu, Siti Khadijah memperkenalkan koleksi perdana Ramadan & Raya 2026 yang diberi nama MUSHAFE – Warisan Darul Iman. Koleksi eksklusif ini mendapat inspirasi daripada Mushaf Terengganu, sebuah manuskrip Islam yang melambangkan kehalusan seni, sejarah, dan budaya Nusantara.

Rekaan koleksi ini menggabungkan sentuhan moden dan klasik, menonjolkan anggunnya seni warisan tempatan yang sarat dengan makna dan kualiti estetika yang tinggi.

SAYS.com
Image via Siti Khadijah

Bagi memenuhi permintaan pasaran yang mahukan kualiti pada harga kompetitif, SK turut melancarkan Telekung Basic baharu pada harga RM188. Pakej ini hadir lengkap dengan kotak istimewa, menjadikannya pilihan ideal untuk dijadikan hadiah, hantaran perkahwinan, mahupun bingkisan majlis khatam Al-Quran.

Selain produk, Siti Khadijah turut melancarkan kempen JEDA – Damai Dalam Waktu. Melalui mesej "Pause for Peace", kempen ini mengajak masyarakat untuk berhenti sejenak daripada kesibukan duniawi bagi mencari ketenangan jiwa. Kempen ini bertujuan mempersiapkan umat Islam menyambut Ramadan dan Syawal dengan hati yang lebih tenang serta fokus kepada hubungan dengan Ilahi dan keluarga.

Amyra Rosli, Amar Baharin & sekeluarga sebagai wajah baharu

Kemeriahan Gema Ramadan Siti Khadijah tahun ini turut diserikan dengan pengumuman pasangan selebriti popular, Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga, sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026.

SAYS.com
Image via Siti Khadijah

Pemilihan mereka sebagai wajah koleksi keluarga mencerminkan nilai teras Siti Khadijah yang menekankan kemesraan, kesederhanaan, dan keutuhan institusi kekeluargaan. Koleksi keluarga ini direka khusus untuk gaya hidup moden tanpa mengabaikan aspek kesopanan dan keselesaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan koleksi eksklusif Ramadan & Raya 2026 ini boleh mengunjungi mana-mana butik Siti Khadijah di seluruh negara atau melayari laman web rasmi di www.sitikhadijah.com.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: