Sistem Tol Guna Pengecaman Nombor Plat Di PLUS Highway Bermula Oktober Ini – “JustGO”
Sistem tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) secara berperingkat bermula di Pulau Pinang.
Cover image via Alexander Nanta Linggi (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang disokong platform digital, bakal dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sebagai projek rintis, ia akan membabitkan laluan Hutan Kampung ke Sungai Dua di Pulau Pinang terlebih dahulu.
Menurutnya, sistem ANPR adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dalam tempoh dua tahun akan datang bagi mengatasi masalah kesesakan di plaza tol lebuh raya utama dalam negara.
"Sistem ini membolehkan pengguna melalui mana-mana lorong sedia ada tanpa perlu berhenti, sekali gus menjanjikan perjalanan lebih lancar dan fleksibel.
"Hari ini saya sendiri sudah mencuba sistem ini di plaza tol dan ia terbukti jauh lebih pantas. Tiada caj dikenakan untuk pendaftaran dan pengguna bebas memilih mana-mana lorong tol," katanya.
Nanta berkata, pembangunan sistem itu merupakan hasil kerja pakar tempatan dalam industri lebuh raya dan dilaksanakan sepenuhnya oleh industri tanpa sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melawat bilik operasi PLUS.
Image via FacebookAkan diuji sebelum diperluas secara berperingkat
Tambahnya, sebelum diperluas secara berperingkat ke keseluruhan jajaran PLUS, sistem itu akan diuji di 13 plaza tol membabitkan 35 lorong.
Katanya, sistem ANPR mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan melalui kamera dan membolehkan bayaran tol dibuat secara digital tanpa tunai selain menyediakan paparan e-invois, semakan transaksi dan pelbagai perkhidmatan mobiliti lain melalui satu platform digital.
"Pengguna hanya perlu mendaftar secara dalam talian menggunakan maklumat pengenalan diri, kenderaan dan kaedah pembayaran.
"Selepas nombor pendaftaran dibaca, kadar tol akan ditolak secara automatik dalam akaun yang telah didaftarkan. Jika tiada baki, bayaran akan dituntut kemudian kepada pemilik," katanya.
Bayaran juga boleh dibuat menerusi aplikasi baharu JustGo, yang menyokong pelbagai kaedah seperti e-dompet, kad bank dan Touch 'n Go.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk pendaftaran menggunakan sistem terbaharu ini
Nanta berkata, tiada kos atau caj dikenakan kepada rakyat untuk mendaftar dan menggunakan sistem tersebut.
Mengulas mengenai ketepatan sistem ANPR, sistem itu bukan sekadar mengimbas nombor pendaftaran malah ia memadankan nombor itu dengan teknologi pengecaman kenderaan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan ketepatan.
"Ia menggabungkan pengecaman nombor pendaftaran dengan pangkalan data pemadanan kenderaan untuk mengesahkan bahawa nombor plat itu milik model kenderaan yang sedang diimbas.
"Sebagai contoh, jika seseorang cuba menukar nombor pendaftaran antara kenderaan, sistem akan mengesan ketidakpadanan antara nombor pendaftaran dan ciri fizikal kenderaan.
"Ini akan berfungsi sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penipuan atau penyalahgunaan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



