Sindrom Isteri Pertama? Bila Restu Bertukar Menjadi Cemburu Dalam Berpoligami

Saksikan Seindah Hujan Cinta, eksklusif di Tonton setiap Isnin hingga Khamis.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tonton
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Poligami sering dianggap sebagai solusi untuk menambah kebahagiaan dalam rumah tangga, namun hakikatnya ia bukan perkara yang mudah dan bukan untuk semua orang

SAYS.com
Image via Tonton

Seperti yang digambarkan dalam drama Seindah Hujan Cinta, poligami bukan sekadar lafaz akad semata-mata, ia menuntut keadilan, keikhlasan dan keteguhan hati yang luar biasa untuk mengemudi perasaan serta tanggungjawab terhadap semua yang terlibat.

Dalam drama ini, penonton diperlihatkan dengan pasangan Zarita (Nelydia Senrose) dan Wassim (Yusuf Bahrin). Zarita merupakan seorang wanita berdikari yang memilih untuk hidup tanpa zuriat, namun demi kasih sayang terhadap suaminya, dia merelakan Wassim berkahwin lagi.

Lebih mengejutkan, Zarita menyuruh Wassim untuk bernikah dengan Aneesa (Ezzanie Jasny), yang merupakan adik angkatnya dan kawan baiknya sendiri, dengan harapan agar Wassim dikurniakan cahaya mata.

Namun segalanya berubah apabila restu yang diberi bertukar menjadi cemburu yang membara. Zarita, yang pada awalnya kelihatan ikhlas dan menyokong, mula menunjukkan sisi berbeza, manis di depan mata, namun penuh helah dan manipulasi di belakang.

Dia tidak lagi mampu menahan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran madu yang dulunya direstui sendiri. Inilah realiti pahit poligami yang jarang dibicarakan, dikenali sebagai 'Sindrom Isteri Pertama'.

SAYS.com
Image via Tonton

Saksikan Seindah Hujan Cinta, eksklusif di Tonton setiap Isnin hingga Khamis

Keadaan semakin rumit apabila ibu mertua, Umi (Norma Damanhuri), yang menyimpan dendam, menolak kehadiran Aneesa dalam keluarga dan sanggup merancang pelbagai helah untuk memisahkan mereka.

Lebih menyedihkan, Wassim sendiri gagal berlaku adil, sering memihak kepada Zarita dan hanya mencari Aneesa saat sunyi atau menghadapi masalah. Tanpa keadilan dalam kasih sayang, perhatian dan nafkah, poligami menjadi beban dan bukan kebahagiaan yang diimpikan.

Mampukah Zarita terus berselindung di sebalik wajah manisnya sambil merancang kejatuhan Aneesa? Sampai bila Aneesa mampu bertahan dengan tekanan daripada madu dan ibu mertua yang tidak pernah menerima dirinya?

Dan yang paling utama, adakah Wassim akhirnya mampu berlaku adil, atau rumah tangga mereka akan hancur tanpa kejujuran dan keberanian untuk memilih yang benar?

Strim dan muat turun Tonton sekarang serendah RM9.90, langgan sekali, layan terus! Untuk info dan perkembangan terkini, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram serta sertai perbualan dengan hashtag #Tonton.

SAYS.com
Image via Tonton

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: